Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday 24 July 2014

Big Brother Bangi Gateway

aku ke Bangi Gateway malam semalam mencari baju hubby plak

sebelum tu singgah Jakel kat bangi tu tak de happy hour jadi baru adalah RM320 tak kuasa la hubby bukannya pakai sangat baju melayu kalau jenis pakai pun aku tak kuasa hahahaha lagi mahal dari baju kitorang plak kakaka kiter tak pe la kan ber prada lace, bermanik, berswarovski bagai nak mahal cam tu ni baju melayu balik2 cam tu jer mahal sangat kenapa?? haha tak leh terima :p 

pastu aku tanya baju siti nurhaliza tu kt jakel bangi tak de katanya kat Jalan TAR jer ada dia tunjuk kat aku design yang lebih kurang sama harga berapa aku tnya dia ckp 1200 giler ke hapa bukan lawa pun, tak pe la aku terus keluar tak beli apa pun...serius mengarut!! sorry to say

ok berbalik kepada cerita berbuka dah malas nak balik nilai dari opis terus ke Bangi Gateway, berbuka situ terus tak tau nak berbuka kt mana try la makan kat Big Brother, sblm tu google skit semua ckp ok tk de plak review kata tak ok

so ok la sedap jugak makanan dia servis pun ok time berbuka pun penuh orang reserved situ 







kitorang dtg awal reserved pastu pusing-pusing situ tak la besar mana pun tempat dia ok la jugak ada Secret Recipe, Kenny Rogers, Body Shop, Jaya Grocer


 


 aku order ni

Au-gratin chicken grill

sedap


 hubby order ni

Chiscken Baked Rice 

sedap jugak tapi agak muak la tambah lagi perut tengah kosong  tp serius sedap



air aku order air ribena Lychee Soda ni 

sedap tapi mahal hahah RM9.90



makan sini ok la sedap la jugak yang penting halal owner Islam 

Wednesday 23 July 2014

baju raya mamma & Jelly bunny

sibuk-sibuk buat persiapan baju raya anak dari awal lagi
last-last baru tersedar baju raya mamma sepasang pun tak de lagi hahaha giler

orang lain awal-awal dah beli kain tempah bagai aku mcm biasa la beli ready made jer
dari sehari ke sehari mengajak hubby pegi jalan tar mmg tiap tahun situ jer la tempat nya 

so last saturday semangat la nak kuar pegi cari baju, MIL plak tak leh nak jaga bella sbb nak kena pegi hospital pulak, nak tak nak redho jer bawak si kecik tu

us..




 kuar pun dah lambat budget ok la sampai sana, hambek ko... semua parking full, belakang KWSP, menara CIMB, sogo, pertama semua full ... NANGESSS!!!

dengan pikir nak mengangkut si kecik tu lagi risau risauuu sekarang ni tau je la mcm-mcm kes

papa cakap tak sanggup nak pegi kitorang pusing 2 kali still tak de parking sudahnya pusing balik nilai huwaaaaa ronda KL sajer-sajer je la

mood nak mencari baju pun dah kelaut dah

balik tu whatapps-whatapps ngan kawan dia suggest pegi cari kat area bangi
so malam tu pegi la bangi lepas berbuka misi mencari baju mamma ikut tema royal blue tu di teruskan

Alhamdullilah jumpa 

Baju Mamma n Baby dah ada...nak gak sedondon reben2 :)

yeayyy dah boleh raya dah :p




kasut raya aritu dah beli kat Jelly Bunny KLIA2 sekarang tengah End Of Season Sale 50% all items kooo!!! i like sangattt..


dah beli baru perasan dah kenapa dua2 color merah.. :p

kiter pakai kasut janji selesa je tak sanggup nak beli dah yang beria2 pastu tersadai dek kerana tak selesa...so far kasut tutup Jelly Bunny n Tiamo jer yang selesa kat kaki...

dah-dah pg serbu Jelly bunny cari kasut murah dan selesa :)



Monday 21 July 2014

semperit susu


tahun ni biskut semperit susu ni tetiba plak jadi femes...sbb senang nak buat kot bahan pun skit jer jadi tak perlu belanja banyak, dari nak beli sebalang RM20-30 kan dah boleh jimat berganda bermodal kan RM12 dah dapat 2-3 balang dah jimatttt jimatt :)

dengan aku sekali tergoda nak buat 

semalam gigih la menekan semperit tu bila petang pengsan dah hihi

ni la rupa semperit aku, sajer buat yang fesyen panjang ni sbb hubby suka yang mcm ni



Bella pun suka tak abes-abes "woww tar (star)" keje dia mengorek star tu biskut makan la skit bila tanya sedap tak " dapp" katanya dia mana penah ckp tak sedap hihii

ni nak share resepi

tepung jagung (aku guna 400gram)
butter (aku pakai anchor 225 gram)
susu pekat manis 1/2 tin
essen vanilla 


cara-cara:
kacau jer butter + susu, letak essen vanilla, letak tepung sampai jadi doh pastu bakar 20-30 minit siapp

biskut paling senang dalam dunia...cuma penat nak menekan tu je la kan ... ni esok nak raya malam ni pun leh buat lagi ni 



** berangan nak buat biskut suji plak, kerepek popia nestum dah siap adik beradik order lagi  harap-harap rajin la nak buat :)


Thursday 10 July 2014

Puding Roti

aku ni mmg hantu dessert skit, tengok menda lain tak la terliur sangat tapi kalau bulan puasa ni view-view gambar dessert Ya Allah harus menjejes-jejes ailio :p

aku sendiri pun nak masak-masak tak berapa nak reti sangat tapi kalau buat dessert Inshallah sedap hahaha perasannnn...

tapi level nya tak la sampai ke tahap buat segala creme brulee, panacotta, macarons bagai tu, takat choc cake tu ok lagi kot ..... 

dah-dah melalut dah ni, yang iye nya nak share resepi puding roti, tengah dok godek2 pic dalam hp jumpa plak pic puding roti ni so jom share resepi kat sini


resepi puding roti ni aku ambik dari blog kak nani rostam  mcm dah letak kat blog lama tp nak letak jugak kat blog ni sbb baru buat kan hahahha

aku mmg dah biasa buat dah, ikut jer resepi sebijik-sebijik Inshallah sedapp dah siap turun ilmu dah kat budak-budak opis ni diorang try pun ckp sedap :)

resepi puding caramel pun aku guna resepi dia


Bahan-bahan :-


Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.


Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan


gula 1 cawan


telur 6 biji


esen vanila 1tsb


butter 4 tsb


kismis-agak2 (aku guna hersey choc chip)


serbuk kayu manis.1tsb


Cara-caranya:


Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit



ni la rupa bahan-bahannya, roti tu aku pakai yang butterscotch, kismis tu aku ganti dengan choc chip hersey kebetulan mmg ada balance yang buat kek aritu.. sambil buat bella cukai skit-skit choc chip aku :p


dah siap bahan-bahan tu korang tuang je atas roti yang dah susun tadi biarkan sekejap


biar sampai roti tu kembang-kembang skit




pastu bakar.... done boleh makan dah... ikut resepi letak sos castard kalau tak letak pun dah sedap ikut suka la :)



Wednesday 9 July 2014

sogo raya sale, gathering, dan shopping raya

tajuk tamak sungguh masukkan sekali harung semua citer dalam ni :)

cerita Jumaat

so aritu sempat la pegi sogo raya sale sebelum puasa, mcm biasa bila sogo sale mula la pakat-pakat ngan geng-geng bff exuitm aku yang duduk nun di tanjung malim tu... masing-masing cakap ok then set ambik cuti jumaat tu aku sorang-sorang je dari Nilai ni naik train papa hantar half way sampai kat bandar tasik selatan 

dekat setahun jugak kitorang dah tak jumpa kiranya gathering kecil2 la ni hahah 3 orang jer pun ok la kan dapat jugak lepaskan rindu :p

sampai sogo ngam2 kul 10 aku masuk dulu sementara orang tak ramai aku grab mana yang patut tujuan nya nak cari baju raya si kecik tu sehelai dua... orang punya ramai nauzubillah.. aku pagi tu dengan tak breakfast nya, minum air mineral jer, settle beli baju hubby, baju bella aku terus naik atas lepak kat foodcourt sorang-sorang sambil tunggu diorang aku rasa mcm nak pitam tengok orang ramai.... makan dulu isi perut kang sambung shopping lagi


us... friends for 14 years

sib baik ada yang bawak monopod :p




ok dah jom sambung shopping lagi... 



dalam kul 3 aku gerak balik masa tu orang dah terlalu ramai dah mmg tak sanggup dah nak beratur bayar kat children department sampai dah tak nampak apa dah penuh ngan orang sesajer

aku tak de la shooping sangat pun yang iyenya nak jumpa kawan-kawan jer... sempat rembat 

baju hubby sehelai (MU) dari RM89 jadi RM26
baju aku 2 helai (PADINI) dari RM79 jadi 26.90 n 19.90
baju bella (oshkosh n carters) 2 pasang RM130

tu jer




Cerita Sabtu

sabtu tu plak ajak hubby shopping raya lagi, nak mencari kasut bella, anak aku ni susah skit nak cari saiz sbb small size kan... mcm tahun lepas pun aku ajak pegi pavillion sebab kat sana mmg banyak pilihan kasut untuk budak-budak ni, nak harapkan alamanda tu mmg tak de la saiz anak aku n tak banyak pilihan nya..

so thn ni pun cm tu la nampaknya, aku ajak hubby pegi pavillion, lagipun sana senang tak sesak.. harga sama je mana-mana pun

pegi tak bawak stroller, sib baik orang mmg tak ramai so ok jer la dia nak berlari-lari senang lagi nak menjaga





sampai-sampai papa plak ajak masuk cari kasut dia, follow jer la, kat rumah tak de plak cakap nak beli apa-apa, hubby ni pesen slumber je pegi mintak diskaun aku dah nak tergelak dah..
 tapi yang best nya dapat plak tu, staff tu pegi bagi less 10% harga staff
 

 sambil mengunggu aku ngan bella berselfie selfus la apa lagi :p


 

family potrait :p




hubby mmg suka sabotaj gambar aku... jelir lidah plak :)


 
abes beli kasut tengok rayban plak dah... kbtln ada less 40%
tak pasal-pasal terjebak membeli, kat sini pun mintak kurang lagi dapat jugakkk ko.. haha dapat la kurang lagi RM20-30..

masa ni aku mintak la handbag sebijik sbb dia beria shopping rayban :) bila lagi kan... lalalalaa





lepas makan baru la start misi mencari barang bella
tahun ni pun sama gak beli adidas sbb banyak pilihan kat sini mula la rambang mata, beli sport shoe satu kat dia, nak cari la sandal jugak satu malangnya saiz paling kecik saiz 4, anak aku pakai terjulur2 kaki depan tu.... :( so sad 

tak tau nak cari kat mana sandal dia....kasut ala2 girl dah beli dah aritu..


rembat dress bella sehelai kat baby GAP frust sbb yang sale banyak tak de saiz bella :( cari yang sale je la aku ni :p

lepas tu ajak singgah H&M sbb kakak aku pesan baju n nak cari jeans bella

pegi la H&M Avenue K... tak best langsungg kat sini.. pendapat aku la banyak barang tak de dah abes tak restock... berselerak n tak banyak pilihan nyesal pegi :( 

masa pegi sini pun bella dah lena dalam kete penat sangat kot aku soh papa park btol2 depan H&M tu aku sorang jer turun beli senang kang hangkut semua kang bising plak lama-lama

kat sini pun tak shopping apa sangat beli suar n baju anak buah aku, legging bella sehelai n jeans tu jer tak bnyk yang menarik kat Avenue K ni... frustttt


baju2 anak buah aku

 yang dress tu sajer beli untuk diorang tak tau nak belikan apa dah besar dah masing-masing

 


ok abes dah kisah shopping raya untuk this part lepas ni tinggal nak cari baju kurung aku n baju melayu hubby je kat Jalan TAR...lain-lain dah settle  


baju kurung bella pun tempah online jer, bagi ukuran kat tailor tu semua dah...minggu ni balik perak ambik, dah siap yeayyy!!!

2 hari berjalan sampai sakit kaki siap kena letak minyak bagai malam tu... okeh simptom2 umur semakin meningkat tua dah semakin menjelma :p



** tahun ni tema Royal Blue / Electric Blue