Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Friday 27 February 2015

2 tahun 8 bulan

selama ni dok risaukan berat dia cekup 2 bln sekali sebab kan berat tak naik... ada time yang memang tak naik langsung.... 


but tadi Alhamdullilah bella cek-up, berat dah ok dah, dah lepas dari garisan kuning.... fuhhhhhh lega yang teramat-amat kuasa 80,000

 dah tak yah nak cekup selalu dah lepas ni cekup ambik ubat cacing je masa birthday dia 3 thn nnti


sejak dok taska makan lebih teratur dah kerap... mungkin syok makan beramai-ramai ngan kawan-kawan kot.... balik rumah asyik lapar je bila bg makan memang habis dia makan syok tengok.....


dah 2 tahun 8 bulan dah dia... cepat betul masa berlalu...

Alhamdulillah perkembangan bella pun ok... tak cepat tak lambat... terus terang bella tak hafal pun nombor mcm anak orang lain, tak hafal pun ABC n everthings 


as long as she on  track pun dah syukur dah


2 – 3 Tahun

  • Melihat dan menyertai kanak-kanak lain bermain
  • Melakukan permainan “associative” (bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain)
  • Meminta kebenaran untuk mengambil barang atau melakukan aktiviti
  • Mula menggunakan bahasa untuk melawak, mengusik dan berfantasi
  • Membetulkan percakapan atau perbualan apabila tidak difahami oleh orang dewasa
  • Melakukan dialog yang lebih panjang
  • Mula bermain permainan “pondok-pondok”
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan
  • Mempertahankan milik sendiri
  • “Bersembang” dengan diri sendiri atau anak patung
  • Mencari mainan yang hilang
  • Menolong mengemas mainan
  • Mengangkat jari untuk memberitahu umur

 ok yang atas ni bella pass dah 


3 – 4 Tahun

  • Mengikut arahan 2-langkah yang berkaitan dengan kiu (cth: ambil baju simpan dalam almari)
  • Mengambil giliran semasa bermain
  • Mengaitkan pengalaman sendiri melalui verbal
  • Boleh berjauhan dengan ibu bapa dengan mudah
  • Selalu berlatih kemahiran berbual dengan bercakap sendirian
  • Mula bermain permainan drama dengan memainkan watak
  •      Memberitahu idea atau perassaan

 yang bawah ni pass skit-skit 

-dah boleh buat ayat panjang-panjang sampai 9 perkataan dah

-dah boleh cerita apa yang jadi kat school contoh aku tnya hari ni birthday sapa?? " tadi hari jadi dhia, bella makan kek  happy birthday to you dhia"
cerita sapa buat dia kat school, siap sebut nama (bagus jugak senang mama tau sapa buat awak :p)


-contoh : dah boleh faham arahan dah bila aku bagi arahan "bella ambik penutup botol dalam bilik, atas meja tulis bella" aku tunggu kat sinki dia datang bawak penutup botol tu...

-suka sangat menyanyi sekarang dah leh hafal 2-3 lagu melayu, 2-3 lagu english tp english sebutan tak clear sangat la :p 


-diapers free?? not yet :((( hahahah mama malas ikutkan dia dah boleh dah ckp nk kencing... nnti la erk bella :)


aku suka refer dengan blog-blog yang mcm ni, mcm ni, so that kita tau tahap perkembangan anak kita :)

Thursday 12 February 2015

jjcm ipoh

ni nak cerita pasal JJCM ipoh, last week balik kampung ada cousin weeding otw nak balik Nilai tu, main contractor tempat hubby keje call ajak singgah ipoh dulu, dia nak belanja makan,

 mmg dah lama nak pegi kedai makan ni tapi tak berkesempatan

bila dah ajak so langkah kanan la

kedai makan ni kat tanjung rambutan, Mee Udang Ketam Sempoii Diraja  kedai dia biasa2 jer agak susah skit nak cari sbb dia kt shop lot kawasan perumahan je



hubby ambik nasi goreng special dengan udang ni... udang galah sungai tak silap tp mmg besar betulllll ngeri tengok :P

sampai tak nampak la nasi tu... pinggan ni saiz besar tau




kat sini mcm femes mee udang dia.. so aku wajib la order mee udang, dia buat stail tak berkuah sangat...

aku ambik tiger prawn ni, besar jugak tp dalam gambar tak nampak besar sangat,  ni kira udang saiz XL



mula-mula rasa kuah dia mcm biasa je... tp bila udang tu dah lama skit... dah keluar manis2 udang tu... 

perghhh mmg sedappp sangatttt.... ahkak bagi 5 bintangggg

serius tak tipu ni antara mee udang yang paling sedap aku penah rasa... mee udang kuala sepetang tinggal berbatu2 jauh nya compared too this  :p



pasal harga jangan tanya sbb orang belanja mmg tak tau...

tapi hubby kata main cont tu pernah order mee udang dengan 5-6 ekor prawn tiger besar2 semangkuk RM60 
boleh refer kat pic atas tu ada tulis harga untuk 100gram udang etc etc



tp kat sini air dia pun best2 tp tak smpt snap sbb bella tak menyempat2 nak minum
 
untuk bella  

bandung + laici + soda + aiskrim vanilla nama air ni Ombak rindu :) 


pastu mcm2 nama ada kelakar pun ada tp best2 jagung+ laici + aiskrim vannila pun ada 

besttt... makanan pun sedap