aku ni mmg hantu dessert skit, tengok menda lain tak la terliur sangat tapi kalau bulan puasa ni view-view gambar dessert Ya Allah harus menjejes-jejes ailio :p
aku sendiri pun nak masak-masak tak berapa nak reti sangat tapi kalau buat dessert Inshallah sedap hahaha perasannnn...
tapi level nya tak la sampai ke tahap buat segala creme brulee, panacotta, macarons bagai tu, takat choc cake tu ok lagi kot .....
dah-dah melalut dah ni, yang iye nya nak share resepi puding roti, tengah dok godek2 pic dalam hp jumpa plak pic puding roti ni so jom share resepi kat sini
dah-dah melalut dah ni, yang iye nya nak share resepi puding roti, tengah dok godek2 pic dalam hp jumpa plak pic puding roti ni so jom share resepi kat sini
resepi puding roti ni aku ambik dari blog kak nani rostam mcm dah letak kat blog lama tp nak letak jugak kat blog ni sbb baru buat kan hahahha
aku mmg dah biasa buat dah, ikut jer resepi sebijik-sebijik Inshallah sedapp dah siap turun ilmu dah kat budak-budak opis ni diorang try pun ckp sedap :)
resepi puding caramel pun aku guna resepi dia
Bahan-bahan :-
Roti 10 keping (kalau
nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch
atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery
seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.
Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2 (aku guna hersey choc chip)
serbuk kayu manis.1tsb
Cara-caranya:
Sapu
butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan,
susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan
roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk
kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven
yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar
selama 30 minit
ni la rupa bahan-bahannya, roti tu aku pakai yang butterscotch, kismis tu aku ganti dengan choc chip hersey kebetulan mmg ada balance yang buat kek aritu.. sambil buat bella cukai skit-skit choc chip aku :p
dah siap bahan-bahan tu korang tuang je atas roti yang dah susun tadi biarkan sekejap
biar sampai roti tu kembang-kembang skit
pastu bakar.... done boleh makan dah... ikut resepi letak sos castard kalau tak letak pun dah sedap ikut suka la :)
No comments:
Post a Comment