Followers

Tuesday, 28 April 2015

Desa Kaloi Farm House, Ulu Yam

plan aku ngan school mate dah lama nak buat reunion, dah lama tak jumpa so plan la nak cari mana2 homestay dekat-dekat untuk lepak2 BBQ n tido semalam 

kitorang pun tak ramai 4 org je BFF ni since school...tp sorang tak dpt nak join last minit..

 mcm biasa aku la ditugaskan untuk cari tempat best-best....google punya google jumpa la homestay best ni...:)

 Desa Kaloi Farm House, Ulu Yam

lepas baca-baca review n suggest kat diorang semua setuju la dekat pun dekat tak payah nak travel jauh2 masing masing ada anak kecik payah jugak asalkan boleh jumpa ok la kan...

booking siap2 sebulan sebelum tarikh susah gak nak book ni tiap minggu penuh...Alhamdullilah dapat jugak la book last week..

kitorang masak2 siap kt rumah kat sini semua ada dapur mesin basuh oven bagai tp sampai pun dah tghari anak-anak nk terjun mandi terus so masak sorang sikit kat rumah berkelah kt sini....


ni pic depan homestay sangat luas senang anak2 bertempiaran lari




pagi sabtu tu sempat lagi pegi pasar beli sotong utk bbq malam tu... balik jer dari pasar terus bersilat kat dapur... asalnya nk masak sardin ngan ikan bilis goreng cili padi jer...

tp malam sblm tu singgah giant beli2 barang ternampak plak lala, cantik plak bersih jer.... aku pun abik sekilo.... hubby plak jalan2 belah sana nmpk telur ikan ...mmg  feveret dia telur ikan n lala ni, terus ambik jer la...

pagi tu whatapps diorang tukar menu... aku masak lala masak berlada, dengan telur ikan masak lemak cili padi la apa lg trademark org Nogori kan...

diorang bwk ayam masak ros, n mee goreng sampai sana tinggal masak nasi jer la




telur ikan masih dalam kuali tak masak lagi dah snap... tu yg nmpk merah2 lagi :)




tengahari tu lepas makan2 terus anak2 terjun sungai.... 



bella sampai2 melawat kawasan dulu...




aku angkut mak aku sekali...




ruang tamu



ruang menonton


ruang makan


bilik tidur utama semuanya ada 3 bilik tido... 3 bilik air..
 fully air cond




 pemandangan dari bilik tidur utama




Verandah... memang luas sangat kitorang bentang tikar makan2 kat sini jer sedap berangin




bbq griller


dapur lupa nak snap, ada peti ais 2 pintu, washine machine, dryer, oven, rice cooker, toaster, pingan mangkuk semua lengkap


semua pun dah tak sabar nmpk air... 



apa lagiii jom terjunnnn



 papa melayan anak-anak...



 kat sini ada 3 kolam pancing ikan... 1 kolam mandi air pam direct dari sungai.. 1 lg air dr air terjun ulu yam... tp cetek






 kat sini boleh memancing... dapat la 3 ekor ikan... besar2 plak tu... 



rakan sebaya adam & bella



kat sini ada bela rusa, angsa, ayam, rabbit, monkey... 

budak2 ni suka la dpt tgk binatang 





mak aku jadi pemerhati jer tgk cucu2 :)




mak-mak pun joint berendam skali selagi tak maghrib selagi tu tak naik budak2 ni











malam tu sesi bbq ada lamb, ayam, sotong, sosej...





esok pg bfast, nasi goreng, roti canai n kuih2 frozen... masak sardin... licin di bedal anak-anak yang kelaparan setelah berendam

bergambar sebelum pulang ke pangkal jalan :0









bg aku ok la tempat ni... dekat ngan KL... n luas... cuma tmpt mandi jer jauh skit dari rumah sbb dipisahkan dengan anak sungai.... susah nak pantau anak2 tu jer.. lain2 semua terbaik.... rumah cantik peralatan lengkap...


boleh repeat lag...Inshallah

Thursday, 12 March 2015

Italiannies



Italiannies baru bukak kat alamanda last week kitorang pegi la makan situ... 1st time makan biasa pegi mall pun cam tak de plak nk try makan kat  Italiannies ni...... sedap rupanyaaa :) jakun jappp


kitorang semua ambik set quick lunch... price start at 18.99++ depends on menu

aku ambik set ni

apertizer 

aku ambik salad....

sedapppp salad dia... biasa makan salad rasa cm sayur kosong jer ni sedap sangat sampai licin aku makan :)




main course

Spinach & Beef Bacon Pasta with Poached Egg




sedapppp jugakkk.... sampai licin la pinggan  :p






Dessert

kalau ambik set tu tambah RM5 ++ jer utk dessert so aku ambik creme brulee ni...

sangattt sedapppppp aku penah try few place la jugak creme brulee ni tp kat sini mmg sedapppp bagi tekak aku terasa lemak2 n caramel dia.... arghhhh perfectoo!! :)




berbaloi makan kat sini next time leh cuba menu lain plak...

Friday, 27 February 2015

2 tahun 8 bulan

selama ni dok risaukan berat dia cekup 2 bln sekali sebab kan berat tak naik... ada time yang memang tak naik langsung.... 


but tadi Alhamdullilah bella cek-up, berat dah ok dah, dah lepas dari garisan kuning.... fuhhhhhh lega yang teramat-amat kuasa 80,000

 dah tak yah nak cekup selalu dah lepas ni cekup ambik ubat cacing je masa birthday dia 3 thn nnti


sejak dok taska makan lebih teratur dah kerap... mungkin syok makan beramai-ramai ngan kawan-kawan kot.... balik rumah asyik lapar je bila bg makan memang habis dia makan syok tengok.....


dah 2 tahun 8 bulan dah dia... cepat betul masa berlalu...

Alhamdulillah perkembangan bella pun ok... tak cepat tak lambat... terus terang bella tak hafal pun nombor mcm anak orang lain, tak hafal pun ABC n everthings 


as long as she on  track pun dah syukur dah


2 – 3 Tahun

  • Melihat dan menyertai kanak-kanak lain bermain
  • Melakukan permainan “associative” (bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain)
  • Meminta kebenaran untuk mengambil barang atau melakukan aktiviti
  • Mula menggunakan bahasa untuk melawak, mengusik dan berfantasi
  • Membetulkan percakapan atau perbualan apabila tidak difahami oleh orang dewasa
  • Melakukan dialog yang lebih panjang
  • Mula bermain permainan “pondok-pondok”
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan
  • Mempertahankan milik sendiri
  • “Bersembang” dengan diri sendiri atau anak patung
  • Mencari mainan yang hilang
  • Menolong mengemas mainan
  • Mengangkat jari untuk memberitahu umur

 ok yang atas ni bella pass dah 


3 – 4 Tahun

  • Mengikut arahan 2-langkah yang berkaitan dengan kiu (cth: ambil baju simpan dalam almari)
  • Mengambil giliran semasa bermain
  • Mengaitkan pengalaman sendiri melalui verbal
  • Boleh berjauhan dengan ibu bapa dengan mudah
  • Selalu berlatih kemahiran berbual dengan bercakap sendirian
  • Mula bermain permainan drama dengan memainkan watak
  •      Memberitahu idea atau perassaan

 yang bawah ni pass skit-skit 

-dah boleh buat ayat panjang-panjang sampai 9 perkataan dah

-dah boleh cerita apa yang jadi kat school contoh aku tnya hari ni birthday sapa?? " tadi hari jadi dhia, bella makan kek  happy birthday to you dhia"
cerita sapa buat dia kat school, siap sebut nama (bagus jugak senang mama tau sapa buat awak :p)


-contoh : dah boleh faham arahan dah bila aku bagi arahan "bella ambik penutup botol dalam bilik, atas meja tulis bella" aku tunggu kat sinki dia datang bawak penutup botol tu...

-suka sangat menyanyi sekarang dah leh hafal 2-3 lagu melayu, 2-3 lagu english tp english sebutan tak clear sangat la :p 


-diapers free?? not yet :((( hahahah mama malas ikutkan dia dah boleh dah ckp nk kencing... nnti la erk bella :)


aku suka refer dengan blog-blog yang mcm ni, mcm ni, so that kita tau tahap perkembangan anak kita :)