Followers

Monday, 29 December 2014

JJCM Nilai - Kedai Makan Tepi Kubur


 kedai ni kedai favorite hubby untuk makan tengahari,  nak datang sini kena datang awal kalau tak lauk abes ataupun meja penuh... meja dia tak bnyk ada la dlm 10 meja jer kot... kalau dtg sini sure berderet2 kereta kt luar kedai ni

kedai ni betul-betul tepi kubur kalau search location pun keluar kedai makan tepi kubur



konsep kedai dalam taman pokok buluh






kitorang pun dah lama tak dtg mkn kt sini, aritu cuti krismas tak ke mana aku plak malas nak masak terus ajak hubby datang sini tu pun dah lambat dah kul 1 baru sampai, lauk pun tak bnyk yang tinggal 

kitorang order daging salai masak lemak
ikan tenggiri asam pedas
sotong kicap (tak de dlm gambar)
ulam-ulam, (ulam ni wajib order sbb sedap sangat ngan sambal cili padi dia tu)




antara menu lauk-pauk yang ada




menu air





sapa suka pedas, suka makanan negeri sembilan ni la tempat terbaik kat nilai, mmg dijamin puas hati pedas sampai berpeluh-peluh

tapi kena datang awal tau... kul 11 dah bukak sila chop tempat.. kul 1 lebih biasa dia dah tutup pintu kedai dah tinggal orang kat dalam je makan :)







Thursday, 18 December 2014

Big Bad Wolf 2014

 jom citer pasal apa yang sempat di beli masa Big Bad Wolf 2014 ni

aku pegi pun dah hujung-hujung dah, plan nak pegi masa awal2 tak dapat,  rasa mcm tak banyak sangat pilihan kali ni bila pegi dah hujung-hujung ni, mcm last year aku pegi awal puas hati semua basics book yang aku nak beli untuk bella ada, masa tu beli buku numbers, ABC, colors, shapes 

tapi ok la thn ni beli jugak books baru utk numbers n shape tu sbb bella masih tak hafal sgt colors2 dengan btol.. pastu beli exercise books jugak kat dia 


buku masak tu hubby pilih nak soh masak, tak dpt semua separuh pun jadi la katanya....
hoiiii separuh tu 200 resepi kot mampu kah aku?? hahhaha :p



 sound books ni bestttt sbb murahhh kannn, ni RM15 jer biasa kat MPH jenis2 cm ni 30-40 harga 



beli 2 jenis, yang ni sbb mak nya berangan nak anak jadi doctor ... mudah2an Allah makbulkan :)


aku pun baru tau beli lebih RM100 dapat membership card... so ok la berbaloi semua buku di atas termasuk satu buku papa  Ripley Believe It Or Not yang tak de dalam gambar RM103

 


yang penting anak happy parents happy sbb tak kuar duit bnyk :)

Wednesday, 17 December 2014

subuh itu...akhirnya arwah abah pergi selama-lamanya


entry untuk kenang-kenangan saat-saat terakhir arwah abah

akhirnya setelah setahun 15 hari Arwah abah terlantar stroke, arwah abah pulang ke Rahmatullah pada 9 Disember 2014...

aku dapat call tengah malam dari abang ipar aku, 2 hari sblm abah dimasukkan ke wad Hospital Seri Manjung, sbb arwah mmg baru sehari abg ipar bawak duduk dengan dia untuk berubat, tapi malam tu kakak aku ckp abah demam kuat dan dia panggil ambulance datang, sepanjang abah sakit abah memang selalu keluar masuk hospital, jadi malam tu aku tak terus balik aku tunggu dulu apa2 khabar dari kakak-kakak aku kat perak

kebetulan hubby plak outstation pegi terengganu... aku mmg tak dpt nak balik, aku tunggu esok nya, plan nak balik bawak bella naik ETS je dari Nilai, dah siap2 semua tiket plak tak de cuti-cuti sekolah ni.. 
aku bgtau kakak aku aku tak dpt balik, tapi hati aku ttp tak tenang selagi tak balik... kakak aku pun siap call suruh balik tp still tak ckp abah sebenarnya tenat!! mungkin diorang pun tak nak kitorang yang jauh ni susah hati... 

ahad tu 7 Disember 2014, aku tekad balik tumpang orang, tinggalkan Bella dengan MIL... aku terpaksa 

sampai hospital aku terus menangis tengok keadaan abah, aku tak sangka abah tenat... abah sedar tp tak boleh respond apa-apa, cuma boleh bukak mata skit-skit bila aku panggil... bermula la episode kami adik-beradik berulang alik ke hospital jenguk abah, bergilir-gilir bacakan yassin, dah saudara-saudara buat baccaan yassin di masjid di kampung...





cuma mak yang stay di hospital jaga abah mak pun tak nak gilir-gilir, dia takut kalau apa-apa jadi kat abah dia tak sempat menghadap... sepanjang aku di hospital ada beberapa kali abah tenat dan lepas tu stabil balik... masa tu mmg tak tau dah nak ckp apa doktor call tgh malam mintak anak2 yang dekat datang doktor mintak kami buat keputusan samada nak tebuk tengkuk abah untuk sambungkan dengan mesin atau tak... kami pun tak sanggup tengok abah kami buat keputusan tak nak tebuk 

dan 

aku ckp sendiri dengan mak mintak mak redha kalau abah pergi... kami semua pun terpaksa terima dah redha dengan ketentuan Illahi bila tgk keadaan abah mcm tu kami tak sanggup

isnin malam tu kami sewa hotel dekat dengan Hospital Seri Manjung in case ada emercengy call dari hospital kami boleh rush datang... hospital kerajaan mana boleh tunggu ramai-ramai cuma abang dan mak gilir2 jaga itupun curi-curi masuk... malam tu sblm tidur aku call mak ckp bgtau cepat kalau apa2 masing-masing tak lena tido sampai la telefon berbunyi jam 5 lebih pagi 9 Disember tu, abang call nangis-nangis sambil ckp abah tenat..... kami 4 beradik rushing ke Hospital sambil berlari sampai kt katil abah... doktor dah ramai kat situ... doktor ckp abah dah nazak... nafas-nafas terakhir, masih sempat untuk ckp dengan dia 

aku dengan kakak sulung duduk kat telinga abah

aku di telinga kanan abah...sempat aku ajarkan mengucap dan mintak ampun buat kali terakhir, aku dengar dengkuran nafas terakhir abah... dan akhirnya dengan tenang abah pergi...... subuh itu, tepat jam 6.16, 9 Disember 2014 ...cuma kami 5 beradik dah Mak menghadap abah pergi....

segala urusan berjalan dengan lancar kami bawa abah pulang ke kampung untuk disemadikan di tanah perkuburan hampir dengan rumah... 

kami redha dalam kesedihan.. mungkin itu yang terbaik buat abah... 
Alhamdullilah aku sempat menatap arwah dan mengajar abah mengucap, aku sempat bacakan yassin semasa dia tenat, aku sempat kucup wajah abah buat kali terakhir, aku dapat solat jenazah