Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday 30 June 2014

cheesecake biskut

dessert hari pertama ramadhan korang apa?

aku disebabkan bahan-bahan semua dah berkurun kat rumah semalam merajinkan diri la buat cheesecake biskut yang orang dok buat sekarang ni sebabkan step dia nampak simple tak yah nak membakar bagai leh la jugak nak buat dengan si kecik tu bergayut kat kaki langsung tak payah la nak membakar2 bagai kan... tu pun aku paksa papa dia jaga sementara aku buat

bahan-bahan:

gambar aku lupa snap so letak gmbr google ni jer erk :)



susu pekat
cheese philadelphia
nestum
deluxe crackers hup seng
(ni susah skit nak cari aku pg aeon pun tak de jumpa kat kedai runcit kat rumah aku)
susu full cream


cara-cara:

1. cheese + susu pekat campurkan dalam mixture pukul sampai kembang ketepikan 
2. rendam susu deluxe cracker dalam susu full cream tu bagi basah-basah skit susun dalam bekas  
3. layerkan campuran cheese + susu tadi nipis-nipis atas biskut tadi nak tebal pun tak pe ikut korang la aku buat nipis2 jer janji tutup semua biskut tu...
4. tabur nestum 
5.ulang balik step yang sama sampai 4 layer ke 5 layer ke ikut citarasa sendiri janji cam tebal skit la nmpk ala2 tinggi kek gitu kan..

6. simpan dalam peti ais 

dah siapp senang jer kan... aku tgk kwn aku buat terliur tak sangka senang nak mampos n sedappp hubby pun ckp "cam tu jer? senang nya " walaupun dia tak suka makan dessert tapi dia ckp sedap, boleh jual... :p 



gambar step by step tak sempat nak snap... gambar ni jer ada yang dah siap 




dengan gambar dah potong



mmg senang dan sedapp sila cuba...

Wednesday 25 June 2014

JJCM - Restoran Upin Ipin Putrajaya

orang dah berzaman pegi kan aku baru terhegeh-hegeh nak pegi....

hahaaha sebab ny ni nak cerita, anak aku tu belajar kt rumah pengasuh balik-balik tunjuk gmbr upin-ipin siap ckp "ma pipin" eh eh terkojut den, bila masa plak mak ko introduce ko dengan upin ipin ni nak oiii... well tak pe la kan kurang-kurang dia ada la jugak minat tengok tv sbb aku pelik bila anak aku tak suka tengok tv mcm budak lain...

jadi balik dari swimming class sabtu lepas ajak la papa singgah kat port makan baru tepi tasik kat Ayer @ 8, precint 8 tu
 
sampai jer depan pintu tu bella excited dah... "ma pipin pipin" haa yela nak oii 


 




aku order spagetthi olio ni hubby ajak share jer nak try.. not bad sedap jugak portion pun besar 

RM12.90




air aku order bandung cincau sedap jugak 

RM4






si kecik ni aku belikan air laici dalam botol upin ipin 

RM3

kemain suka sampai arini dok guna bekas tu isi air masak 



 
 






 


sambil makan menikmati pemandangan tasik... ok la not bad makanan dia berasa, tp cuma menu dia tak berapa banyak n a bit pricey 



boleh la sajer-sajer nak bawak anak bagi anak suka kan 

Monday 23 June 2014

Birthday Bella at KFC

 cerita birthday bash bella last week

menunaikan hajat anak nak tiup kek hepi birthday you you... :) anak yang nak ke mak yang nak ni? hihihi

decoration & preparation dari KFC

banner


 mask


ballons



photo booth 


goodies bag


insides


lots of toys for kids


 birthday gurl





ooo for those yang bertanya aritu, baju bella ni aku beli online last minit kat BBLUVSME... nasib baik sempat sampai b4 majlis :)







my baby...

 supermama & superbella



with Iskandar, bella's cousin... gerammmm

spiderman & supergirl 


masa chicky datang ni masing-masing dah cuak dah birthday girl nya dah melalak-lalak takut bergayut kat tengkuk mama... adoai  dah agak dah anak aku tu mmg penakut 

ammni tu sorang je yang berani... siap salam peluk lagi teruja sungguh dia... 

mmg seronok tengok brave girl... balik-balik dia jer yang nak tangkap gambar dengan chicky... chicky keluar pun sekejap jer aku pun risau jugak kalau lama kang langsung tak jadi keje ngan si Bella berpaut jer keje nya :p



her birthday cake....

dah agak dah KFC mmg tak de la ikut tema kek nya, risau membazir so guna je cake yang ada ni.. tapi aku buat la cake topper ni untuk bagi nampak ikut tema skit :)







happy faces... 

ni last ok sambut birthday mcm ni tahun depan tak de dah anak oiii kita bawak goodies pegi taska je la :)


hadiah birthday dari KFC, dapat backpack dengan cap 

 

family potrait 


cousins (hubby's side) tahun ni meriah la raya masing-masing dah kelek anak dah :)



 Alhamdullilah lepas hajat nak buat birthday bella tahun ni... thanks pada yang sudi datang, thanks for the prezzie, thanks sudi memeriahkan majlis yang tak seberapa... you all rockss!!! 


layan video-video of the day from keek








Jun 22, 2014 | Birthday bella by reasalsabila on Keek.com

Jun 22, 2014 | musical chair by reasalsabila on Keek.com

Thursday 19 June 2014

.: Selamat Hari Lahir Anak Mama :.

 19 June 2012, 3.45 pm 


Sharifah Rea Salsabila binti Syed Redzuan

Syukur Alhamdullilah kerana Allah masih meminjamkan Dia pada kami, Syukur masih diberi kesempatan mencurahkan kasih sayang kami kepada nya, Syukur kerana masih memberi kesihatan yang baik untuk dia dan juga kami untuk sama-sama menikmati dunia Mu Ya-Allah



Selamat Hari Lahir yang ke-2 anak mama n papa semoga menjadi anak yang Solehah anak yang terbaik buat semua dunia dan Akhirat

Semoga sentiasa menjadi anak yang membahagiakan





Wednesday 18 June 2014

.: handmade superheroes paperbag :.

handmade la sangat kononnya :)

nak upload cerita birthday lupa nak bawak kabel kamera so update cerita paper bag dulu la,

actually tak la fully handmade paper bag ni aku order online kat cenderahatilace
dalam dok google2 tu jumpa plak blog ni, terus order color blue ngan yellow sib baik boleh order campur-campur color so tak la membazir...




 aku masa tu plan nak buat sebijik mcm dalam gambar ni... 

ni gambar dari google
 




so dengan adanya paper beg biru n kuning yang aku beli tu yang lain2 aku tampal la guna color paper 




 logo-logo ni printables dari internet jer




 ni la rupa final goodies bag hasil tangan, tiru internet mama bella :)









mana la tau kot sapa-sapa rasa nak buat birthday superheroes theme leh la ambik idea ni jugak kalau berkenan :)

selamat mencuba :p


Monday 16 June 2014

Pakej Birthday di KFC

hari ni aku nak cerita pasal Pakej birthday kat KFC 

tahun lepas kan aku buat birthday Bella kat Mc'D, kat Nilai ni apa pilihan yang ada sangat tu jer la

jadi tahun ni buat kat KFC la kiter... walaupun aku tak berapa berkenan sebabkan masalah parking kat situ, aku suka KFC yang sebuah2 tu tapi kat nilai ni tak hado, KFC nya shop lot... pun boleh la janji ada kann

awal bulan aritu pegi siap-siap KFC discuss dengan diorang, selepas dipersetujui oleh aku n hubby, kitorang pun bayar la deposit untuk booking deposit RM100, 

deposit ni kena bayar  at least 2 minggu b4 tarikh


dah bayar nnti dia bagi la resit




kat KFC tahun ni tema nya Superheroes, anak i is girl 

tak pe la who's said girl birthday must be girly kan?? :p



so pakej nya mcm ni la ada edition 1, edition 2 kt website dia pun ada tulis cuma tak de tulis price nya la

ni utk KFC Pakej Edition 1

terbahagi kepada 3 plakkk pakej A, B, C


untuk pakej A RM300++
                       B  RM400++
                       C  RM500++

minimum purchase nya mestila RM300 baru leh buat party kat sini, dia bagi 

apa yang ada dlm each pakej, 

plus

birthday gift
birthday invitations cards
free 1kg birthday cake
3 games
party packs 
chicky appearance 15 minit


 yang ni plak untuk edition 2

yang ni kiranya untuk yang buat party besar invite ramai n budget besar la ni, yang ni kena spend 

RM1200 keatas
siap ada face panting
ada simple magic trick
cake 1.5 kg

etc, etc..


setiap tahun berubah2 pakej dia yang ni tak sure untuk tahun ni je ke apa tp biasanya mcm tu nnti thn depan dia tukar tema n pakej  


so total yang aku kena bayar ialah


 deposit RM100



 extra order RM209


dan satu lagi resit aku tak jumpa yang tu RM103


= RM410

 

dia dah upgrade dah pakej tahun ni rasanya dulu start from RM250++ je thn ni dah jadi RM300++ 


itu la antara pakej yang ada

tepuk dada tanya poket.. ikut kemampuan :)