Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label dapurmamarea. Show all posts
Showing posts with label dapurmamarea. Show all posts

Thursday, 13 November 2014

nutella brownies

baking project with bella...

saje nak test buat nutella brownies ni sbb senang barang pun mmg ada kat rumah nutella je la beli kat langkawi aritu...

bella pun dah besar dah boleh diharap ambik itu ini

ni jer bahan-bahan nya... 

m&m tu tambahan jer untuk topping


my little helper


tolong ambik sudu


tolong ambik kain lap



 tolong gaul-gaulkan tepung.... tolong makan m&m



ni hasilnya sebelum bakar... m&m tu bella yang tabur-tabur kan tu yang tak balance.....silap letak m&m awal abes cair-cair masa dah masak huhuhu

nak beli cup yang kecik2 tak de terpaksa la ambik yang besar ni dpt la 9 biji...




selepas bakar..... buruk btol rupanya tapi rasa boleh tahan jugak sedap tp kurang manis skit kena tambah susu lebih skit kot baru sedap :)





ok la skali skali baking untuk bagi bella syok bagi dia belajar, biar rajin skit kedapur bila dah besar nanti :)



Monday, 21 July 2014

semperit susu


tahun ni biskut semperit susu ni tetiba plak jadi femes...sbb senang nak buat kot bahan pun skit jer jadi tak perlu belanja banyak, dari nak beli sebalang RM20-30 kan dah boleh jimat berganda bermodal kan RM12 dah dapat 2-3 balang dah jimatttt jimatt :)

dengan aku sekali tergoda nak buat 

semalam gigih la menekan semperit tu bila petang pengsan dah hihi

ni la rupa semperit aku, sajer buat yang fesyen panjang ni sbb hubby suka yang mcm ni



Bella pun suka tak abes-abes "woww tar (star)" keje dia mengorek star tu biskut makan la skit bila tanya sedap tak " dapp" katanya dia mana penah ckp tak sedap hihii

ni nak share resepi

tepung jagung (aku guna 400gram)
butter (aku pakai anchor 225 gram)
susu pekat manis 1/2 tin
essen vanilla 


cara-cara:
kacau jer butter + susu, letak essen vanilla, letak tepung sampai jadi doh pastu bakar 20-30 minit siapp

biskut paling senang dalam dunia...cuma penat nak menekan tu je la kan ... ni esok nak raya malam ni pun leh buat lagi ni 



** berangan nak buat biskut suji plak, kerepek popia nestum dah siap adik beradik order lagi  harap-harap rajin la nak buat :)


Thursday, 10 July 2014

Puding Roti

aku ni mmg hantu dessert skit, tengok menda lain tak la terliur sangat tapi kalau bulan puasa ni view-view gambar dessert Ya Allah harus menjejes-jejes ailio :p

aku sendiri pun nak masak-masak tak berapa nak reti sangat tapi kalau buat dessert Inshallah sedap hahaha perasannnn...

tapi level nya tak la sampai ke tahap buat segala creme brulee, panacotta, macarons bagai tu, takat choc cake tu ok lagi kot ..... 

dah-dah melalut dah ni, yang iye nya nak share resepi puding roti, tengah dok godek2 pic dalam hp jumpa plak pic puding roti ni so jom share resepi kat sini


resepi puding roti ni aku ambik dari blog kak nani rostam  mcm dah letak kat blog lama tp nak letak jugak kat blog ni sbb baru buat kan hahahha

aku mmg dah biasa buat dah, ikut jer resepi sebijik-sebijik Inshallah sedapp dah siap turun ilmu dah kat budak-budak opis ni diorang try pun ckp sedap :)

resepi puding caramel pun aku guna resepi dia


Bahan-bahan :-


Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.


Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan


gula 1 cawan


telur 6 biji


esen vanila 1tsb


butter 4 tsb


kismis-agak2 (aku guna hersey choc chip)


serbuk kayu manis.1tsb


Cara-caranya:


Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit



ni la rupa bahan-bahannya, roti tu aku pakai yang butterscotch, kismis tu aku ganti dengan choc chip hersey kebetulan mmg ada balance yang buat kek aritu.. sambil buat bella cukai skit-skit choc chip aku :p


dah siap bahan-bahan tu korang tuang je atas roti yang dah susun tadi biarkan sekejap


biar sampai roti tu kembang-kembang skit




pastu bakar.... done boleh makan dah... ikut resepi letak sos castard kalau tak letak pun dah sedap ikut suka la :)



Monday, 30 June 2014

cheesecake biskut

dessert hari pertama ramadhan korang apa?

aku disebabkan bahan-bahan semua dah berkurun kat rumah semalam merajinkan diri la buat cheesecake biskut yang orang dok buat sekarang ni sebabkan step dia nampak simple tak yah nak membakar bagai leh la jugak nak buat dengan si kecik tu bergayut kat kaki langsung tak payah la nak membakar2 bagai kan... tu pun aku paksa papa dia jaga sementara aku buat

bahan-bahan:

gambar aku lupa snap so letak gmbr google ni jer erk :)



susu pekat
cheese philadelphia
nestum
deluxe crackers hup seng
(ni susah skit nak cari aku pg aeon pun tak de jumpa kat kedai runcit kat rumah aku)
susu full cream


cara-cara:

1. cheese + susu pekat campurkan dalam mixture pukul sampai kembang ketepikan 
2. rendam susu deluxe cracker dalam susu full cream tu bagi basah-basah skit susun dalam bekas  
3. layerkan campuran cheese + susu tadi nipis-nipis atas biskut tadi nak tebal pun tak pe ikut korang la aku buat nipis2 jer janji tutup semua biskut tu...
4. tabur nestum 
5.ulang balik step yang sama sampai 4 layer ke 5 layer ke ikut citarasa sendiri janji cam tebal skit la nmpk ala2 tinggi kek gitu kan..

6. simpan dalam peti ais 

dah siapp senang jer kan... aku tgk kwn aku buat terliur tak sangka senang nak mampos n sedappp hubby pun ckp "cam tu jer? senang nya " walaupun dia tak suka makan dessert tapi dia ckp sedap, boleh jual... :p 



gambar step by step tak sempat nak snap... gambar ni jer ada yang dah siap 




dengan gambar dah potong



mmg senang dan sedapp sila cuba...