Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label reasalsabila. Show all posts
Showing posts with label reasalsabila. Show all posts

Friday, 27 February 2015

2 tahun 8 bulan

selama ni dok risaukan berat dia cekup 2 bln sekali sebab kan berat tak naik... ada time yang memang tak naik langsung.... 


but tadi Alhamdullilah bella cek-up, berat dah ok dah, dah lepas dari garisan kuning.... fuhhhhhh lega yang teramat-amat kuasa 80,000

 dah tak yah nak cekup selalu dah lepas ni cekup ambik ubat cacing je masa birthday dia 3 thn nnti


sejak dok taska makan lebih teratur dah kerap... mungkin syok makan beramai-ramai ngan kawan-kawan kot.... balik rumah asyik lapar je bila bg makan memang habis dia makan syok tengok.....


dah 2 tahun 8 bulan dah dia... cepat betul masa berlalu...

Alhamdulillah perkembangan bella pun ok... tak cepat tak lambat... terus terang bella tak hafal pun nombor mcm anak orang lain, tak hafal pun ABC n everthings 


as long as she on  track pun dah syukur dah


2 – 3 Tahun

  • Melihat dan menyertai kanak-kanak lain bermain
  • Melakukan permainan “associative” (bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain)
  • Meminta kebenaran untuk mengambil barang atau melakukan aktiviti
  • Mula menggunakan bahasa untuk melawak, mengusik dan berfantasi
  • Membetulkan percakapan atau perbualan apabila tidak difahami oleh orang dewasa
  • Melakukan dialog yang lebih panjang
  • Mula bermain permainan “pondok-pondok”
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan
  • Mempertahankan milik sendiri
  • “Bersembang” dengan diri sendiri atau anak patung
  • Mencari mainan yang hilang
  • Menolong mengemas mainan
  • Mengangkat jari untuk memberitahu umur

 ok yang atas ni bella pass dah 


3 – 4 Tahun

  • Mengikut arahan 2-langkah yang berkaitan dengan kiu (cth: ambil baju simpan dalam almari)
  • Mengambil giliran semasa bermain
  • Mengaitkan pengalaman sendiri melalui verbal
  • Boleh berjauhan dengan ibu bapa dengan mudah
  • Selalu berlatih kemahiran berbual dengan bercakap sendirian
  • Mula bermain permainan drama dengan memainkan watak
  •      Memberitahu idea atau perassaan

 yang bawah ni pass skit-skit 

-dah boleh buat ayat panjang-panjang sampai 9 perkataan dah

-dah boleh cerita apa yang jadi kat school contoh aku tnya hari ni birthday sapa?? " tadi hari jadi dhia, bella makan kek  happy birthday to you dhia"
cerita sapa buat dia kat school, siap sebut nama (bagus jugak senang mama tau sapa buat awak :p)


-contoh : dah boleh faham arahan dah bila aku bagi arahan "bella ambik penutup botol dalam bilik, atas meja tulis bella" aku tunggu kat sinki dia datang bawak penutup botol tu...

-suka sangat menyanyi sekarang dah leh hafal 2-3 lagu melayu, 2-3 lagu english tp english sebutan tak clear sangat la :p 


-diapers free?? not yet :((( hahahah mama malas ikutkan dia dah boleh dah ckp nk kencing... nnti la erk bella :)


aku suka refer dengan blog-blog yang mcm ni, mcm ni, so that kita tau tahap perkembangan anak kita :)

Wednesday, 5 November 2014

popsicle activities - homeschool


1st activities

color sorting...
 
aritu sempat la pesan kt kwn yang kebetulan ada kt DIY beli batang aiskrim color-color ni :) leh la buat apa2 activities ngan bella.. ikutkan bnyk activities yang boleh buat tp ikut la kan tahap umur n kemampuan anak sendiri... 


dah selalu kan buat activity ni kat bella, utk umur dia mungkin tahap tu je kot yang dia mampu buat haha sbb dia tak la pandai lagi nak kira ke apa so buat activity color sorting ni jer tapi color ni ada 6 color bnyk skit la before ni buat kat bella dalam 3 - 4 color je...






aku guna cawan-cawan plastik ni n siap-siap letak satu color each... so bella dah boleh ikut la color apa yang ada  dalam tu...




 


2nd activities  

counting...

yang ni aku tolong bella la sbb dia tak pandai lagi kan






 

 
 




 ok dah siappp


pastu bila buat balik.. aku biar dia je buat aku tak tolong... dia buat sukati dia ikut color numbers tu....

tetap sorting by color... :p


3rd Activities

learning shape 

nampak tak rupa shape? haha belasah la...


 ni antara shape yang bella dah kenal, star, triangle, circle, square, lg satu shape yang dia kenal les (love) :p


Friday, 3 October 2014

alim kids playgroup Part 2

aritu aku dah pg trial playgroup untuk bella kan, pastu last week join the real class plak..

RM25 untuk setiap class

this week bella mcm tak berapa nak join plak biasa la budak kan mood berubah-ubah... dia plak aritu mcm tak berapa sihat selsema skit...lagi la memerap, aku pikir ok je sbb takat selsema je kan rupanya tak...
 dia join la cuma nak aku sentiasa ada kat sebelah plak dah...


tengok la tu muka pun masam jer...



phonic learning
duduk pun belakang sorang-sorang



learning letter 'C'


belajar guna glue, brush





main chop-chop jari dalam water color 



C for Cat 

ni hasil keje bella dibantu oleh mama :) 




card lacing

 


 bolt & nuts activity


 
 buat card untuk mama :)



tampal-tampal sequine



okeh dah siap... 

take turn untuk bagi kat teacher n tulis nama






"here teacher... i'm done "


 sebelum balik ada jamuan ringan untuk kids



so far ok la jugak saje nak tgk perkembangan dia bergaul tu... playgroup ni ok la bagi budak yang betul2 tak stay kat taska macam bella sbb rasanya kat taska mmg belajar pun semua benda ni...


**tengah survey-survey nak try hantar playgroup lain plak... :)

Thursday, 2 October 2014

voucher groupon

aku ni dah jadi addicted plak hari-hari mesti nak view apa yang menarik kat groupon haha...tak la beli beria tapi bila ada yang menarik tu mula la tergoda haha...

tambah lagi groupon sekarang ni kemain rajin plak bagi voucher aritu penah dapat voucher RM20 masa mothers day, aku beli powerbank, pastu dapat lagi RM20 aku nak beli beg la konon nya last-last tak de yang berkenan rugi cam tu jer voucher tu.... 

last week dapat lagi voucher groupon RM25, aku view dari pagi sampai ke petang tak tau nak beli apa.... mcm biasa la last-last barang anak jugak yang dibeli.. sbb rasa cam sayang plak tak guna voucher pun biasa groupon bagi valid 1-3 days je kena beli cepat2 

aku beli ni kat bella, vtech write & learn letter pad 

lepas google review-review, tgk you tube function benda alah ni... boleh belajar menulis ok la


harga asal RM129 kat groupon RM62 

tolak voucher RM25 aku bayar RM37 jer... berbaloi!!!

lepas 3 hari purchased barang sampai rumah





benda baru tengah seronok la main pagi-pagi buta sblm pegi pengasuh pun nak main, nak bawak pegi rumah makcik dia siap... aku tak bagi takut gaduh berebut nnti payahh... :) main kat rumah je ye nak :p




Wednesday, 1 October 2014

rabbit fun land bukit broga

last week bawak bella pegi rabbit fun land bukit broga

aku kan mmg cukup berkenan bawak anak pegi tempat-tempat mcm ni, selain anak bapak nya pun suka dari aku ajak pegi shopping mall kang bapak nya boring :p 

sebenarnya tak la purposely nak ke sini, mil suruh hantar barang kat rumah makcik hubby kt semenyih so alang-alang  aku teringat lieyalatif bawak anak dia gi sini before ni, terus tanya dia details 

lepas siap2 makan kat rumah kitorang pegi dalam kul 4 cam tu nasib baik hari pun mendung-mendung tak la panas nak bawak si bella tuh..



 entrance

masuk sini tiket RM5 
makanan binatang (carrot) RM10 



hubby yang enjoy bagi makan binatang, anak nya semua takut... mengekor je belakang bontot papa dia bila dekat lari :p 


dulu masa dia setahun lebih bawak pegi Farm in the city tu kemain berani lagi bagi makan rabbit pe semua skrg takut plak... haihhh








seladang yang besar gilerrr... ngeri tengok 



ooo kat sini ada pony ride jugak RM8 per ride

kitorang tak la naik... Bella? jauh sekali.. hehee dia dulu lari





 kambing ni papa suruh tangkap gambar sbb lagi besar dari aku... tp dlm gmbr cam aku jer lagi besar :p






rabbit jer la yang bella agak berani skit tu pun nak pegang-pegang mmg tak la....  boleh tahan besar jugak la kandang rabbit dia boleh la nak lari-lari kejar2 rabbit tu... rabbit ni punya la kenyang hari-hari org dtg bg makan sampai kitorang bg makan dia dah tak nak dah binatang besar-besar yang sibuk menganga, mengembek nak mintak makanan



 



 




 

 








  monkey pun makan carrot....lumayan :) garang monkey ni, hubby punya suka melayan gadoh-gadoh ngan hubby sbb acah-acah tak bagi makanan kat dia... kemain lama hubby kat sini melayan monkey ni

  
angsa pun ada






kalau kebetulan lalu area semenyih boleh la singgah bawak anak-anak, kalau datang dari jauh tu cam mmmm tak la berbaloi sangat kot duit minyak lagi hihihihi.... 

ok la not bad, banyak jugak binatang yang ada, cow, goat,sheep,pony, horse,deer, rabbit,monkey, duck, goose etc... for RM5... worth it!!!