Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

KL bird park


sempena cuti merdeka aritu, kitorang tak de pegi mana pun just kenduri sabtu tu, ahad tu mmg dok rumah je dah boring dah, ahad malam tu plan nak bawak bella jalan-jalan tapi tak tau nak kemana, hubby suggest pegi KL bird park 

baru-baru ni dah bawak dia pegi zoo negara, pegi aquaria, pegi petting zoo kat Farm in the City tu, nampak la bella mmg suka pegi tempat-tempat mcm tu, dia mmg suka tengok animals, yela budak kan mana de tak suka hubby pun jenis suka pegi tempat2 cam tu, aku layankan je ok jer dari asyik gi mall je kan anak pun tak leh explore apa2 :)

so isnin tu dalam kul 9.30 gerak dari Nilai, sampai sana kul 10 lebih ok la hari pun tak panas sangat kat dalam tu pun banyak pokok so mmg redup je sepanjang jalan... 

 
 ticket - adult - RM25
          - bella -  FOC


tunggu mama beli ticket



bergambar dulu kat entrance





ni gambar-gambar dekat dengan entrance tu masuk jer aku kolam penuh dengan ikan n bagau-bangau ni lepas bebas je bella suka sangat terjerit-jerit tengok bangau tu lalu depan dia bila suruh pegang dia seriau jugak






 siap bertenggong sebelah bangau tu lagi






 kat sini yang lama nya dia berkenan sangat tengok bangau tu tangkap ikan-ikan dalam kolam tu


cuakkk bila bangau tu lalu betul2 depan muka dia padahal tak kacau dia pun :p




yang ni kat world of parrot

parrot putih ni keje dia korek2 tanah yang ada kat situ org yang jaga dia ni ckp ntah apa dia cari mmg keje dia korek la tanah tu sampai berlubang-lubang



 dia tak suka pompuan, dia nak gigit bella masa bella pegang dia haha dasarrr!!! gatal sangat bird ni :p


kat sini boleh bagi burung makan, kitorang beli la RM2 ingatkan makanan dia mcm biasa la biji2 gandum ke apa rupanya susu kauuu.. hebat burung minum susu



tak yah nak angkuh sangat aby...  bagi makan parrot jer pun :p









 bella tu cuak sebenarnya takut burung tu terbang kat dia tu yang muka keras jer kt situ :)



mama pun nak merasa bagi jugak 

balik rumah tanya bella 
mama : bella tengok apa tadi
bella : ngok bird
mama : bird tu buat apa bella?
bella : bird inum tusyu, papa fuap (bird minum susu, papa suap)

pelat jugak anak aku rupanya haha :p




ni masa bird show, pukul 12.30 start show dah stenbai awal-awal chop tempat, kat situ plak ada playground adoii jenuh plak la melayan si bella main, aku ckp la kat rumah pun main playground.. pantang nampak



 orang lain dok diam dia memanjat sampai ke tangga atas tu.. aku biarkan je jangan sampai jatuh sudah la


#takdekejetunggubirdshowstart 




always be my baby selfie-selfie dengan bella :)  



tak tangkap pun gambar show... seronok tengok sampai lupa nak snap :) 

abes jer show suruh bella bye-bye bird...

dia ckp..

bella : bye bird umpe agi bel nak gi men down (bye bird jumpa lagi bella nak pegi main playground) 

cehhhhh... rajin sangat la nak melayan ko je kt playground tu...




 burung ni paling comel aku jumpa color mint hahaha



 ololololo bella konon nya berani la tu sekali burung tu gerak nak terbang....


terus bukak langkah.... lariiiiii hahahah
















mostly burung-burung kat sini lepas jer... best!! sebab anak boleh sesukati kejar... jinak-jinak plak tu... berbaloi sangat datang bawak anak cuma satu jer la makanan semua mahal normal la tempat mcm ni mmg mahal kan... so bwk la dalam beg air mineral siap2 n biskut2 ke sandwich ke untuk anak... :) 

air mineral RM4 ye... pitammmm :p


Thursday, 24 July 2014

Big Brother Bangi Gateway

aku ke Bangi Gateway malam semalam mencari baju hubby plak

sebelum tu singgah Jakel kat bangi tu tak de happy hour jadi baru adalah RM320 tak kuasa la hubby bukannya pakai sangat baju melayu kalau jenis pakai pun aku tak kuasa hahahaha lagi mahal dari baju kitorang plak kakaka kiter tak pe la kan ber prada lace, bermanik, berswarovski bagai nak mahal cam tu ni baju melayu balik2 cam tu jer mahal sangat kenapa?? haha tak leh terima :p 

pastu aku tanya baju siti nurhaliza tu kt jakel bangi tak de katanya kat Jalan TAR jer ada dia tunjuk kat aku design yang lebih kurang sama harga berapa aku tnya dia ckp 1200 giler ke hapa bukan lawa pun, tak pe la aku terus keluar tak beli apa pun...serius mengarut!! sorry to say

ok berbalik kepada cerita berbuka dah malas nak balik nilai dari opis terus ke Bangi Gateway, berbuka situ terus tak tau nak berbuka kt mana try la makan kat Big Brother, sblm tu google skit semua ckp ok tk de plak review kata tak ok

so ok la sedap jugak makanan dia servis pun ok time berbuka pun penuh orang reserved situ 







kitorang dtg awal reserved pastu pusing-pusing situ tak la besar mana pun tempat dia ok la jugak ada Secret Recipe, Kenny Rogers, Body Shop, Jaya Grocer


 


 aku order ni

Au-gratin chicken grill

sedap


 hubby order ni

Chiscken Baked Rice 

sedap jugak tapi agak muak la tambah lagi perut tengah kosong  tp serius sedap



air aku order air ribena Lychee Soda ni 

sedap tapi mahal hahah RM9.90



makan sini ok la sedap la jugak yang penting halal owner Islam 

Monday, 9 June 2014

BBQ family


hari sabtu lepas kitorang ada family gathering belah hubby, berkumpul ramai-ramai kat rumah pakngah dia kat pajam

kebetulan mmg nenek n atuk dia ada kat sana sbb sebelum ni tak sihat so dok situ sementara anak gilir-gilir jaga, baru je sihat, konon2 nya sempena meraikan nenek dah sihat diorang ni sepupu sepapat pakat2 nak ber bbq

so sabtu tu pagi kitorang pegi la beli-beli barang, tak de pe sangat pun sebab yang banyak buat anak pakngah hubby, kitorang tolong-tolong je, cuma hubby tugas penting dia setup tempat bbq bab bakar2 ni dia mmg minat so bagi je la kat dia sorang pun boleh je dia tu

dalam pukul 6 lebih mcm tu siap2 set up api semua


sejak ada bella ni kot 1st time buat bbq so dia teruja lebih dok kat situ je sampai ke sudah....tak abes2 sebut  "api api"



bakar ayam dengan lamb jer pun tu pun berlebih2 sbb ada 2 family tak dapat datang last minit


menu di hari kejadian, ambik gambar separuh jer :)

ayam 
lamb
spagethhi bolognese, carbonara
sate
mashed potato, coleslaw
sago gula melaka 
buah




sambil makan-makan berkumpul depan tv tengok bola plak Felda vs Pahang kita sokong felda... yeayy walaupun kalah ihihihi semangat atok jerit2 masa gol 1st tu.. orang Felda katakann :p

ni budak jeles tengok baby datang dekat papa dia dan dan la macam2 aksi atas tu punya tak nak bagi baby tu dok atas papa dia, 

kalau ngan mama dia ok jer pegang la baby tu dia tak heran pun nak jeles2 bagai lagi dia suruh pegang ada la




cicit dalam family hubby
bidadari- bidadara syurga kami :)

hero nya sorang jer yang lg 4 semua girl




olololo kakak bella yang kecik molek, 

dia plak pegi panggil cousin dia kakak sebab tengok kwn tu lagi besar dari dia..... PERASANNN :p

Monday, 26 May 2014

nasi ganja dan balik perak

weekend aritu kitorang balik perak, tapi kali ni tak balik kg, sebab parents aku stay ngan Yong aku kat simpang pulai

aku kalau ada kat ipoh memang panjang skit langkah ada jer nak ajak hubby merayap...dah siap list dah tempat-tempat nak makan, tapi mcm tak dapat jer nak pegi semua kan ye la kang Yong aku cakap apa plak tak makan kat rumah dia yang penting nak pegi makan Nasi Ganja Ipoh

lagipun mcm terhad skit sbb minggu ni la ABPBH, Piala Thomas bagi mmg hubby dok depan tv jer la jawapannya...

hari sabtu tu kitorang keluar pegi mydin gopeng beli barang-barang keperluan abah, beli pampers, beli ubat, abah aku dah lebih 6 bulan terlantar sakit akibat stroke, gout, kencing manis, sedih tengok keadaan abah

 syukur ada mak yang masih sihat dan abang aku nak jaga disamping kakak-kakak aku yang kat perak bergilir bawak abah datang duduk rumah diorang


okeh berbalik pada cerita balik perak... sabtu tu kat ipoh mmg panas lenting tak hingat nya... kitorang meronda sampai ke padang polo bagai sajer pusing-pusing ipoh 

si kecik ngan cousin dia ikut masuk kete dua2 lena tak sedar apa dah main dari celik mata tak tido2 

lalu mcd si gemok hubby ni teringin nak butterscoth sundae plak aritu singgah nilai abes... kasi dia chance lepaskan hajat nak makan... beria pejam2 mata sedap katanya

tak sempat nak rasa aku kuar dari starbucks abes licin dah aiskrim nya




aku plak pg starbucks sebelah tu 




pegi mydin punya la ramai orang, trolley abes.. terpaksa la masukkan bella dalam tu.. abang nya tu kemain rajin melayan bella.. tukang tarik, mama tarik tak nak, semua nak abang..abang..abang



bawak budak2 main kat playground



ahad tu keluar tanpa abang (cousin dia ) sbb abang tido.. tu pun sibuk nak bawak abang jugak

sekarang naik kereta nak dok sorang-sorang kat belakang... perasan besar



ikut mama ngan papa pegi makan nasi ganja...
kedai yang ada isu sebelum ni pasal tahap kebersihan, kali ni datang nampak dah bersih dah.. orang tetap ramai mcm tu jugak... setiap kali balik ipoh mesti nak makan sini



aku pun baru tau yang kedai ni mmg tak de cawangan lain, selama ni dok ingat nasi vanggey kat greentown tu cawangan dia rupanya bukan



lalu kot sini teringin jugak nak makan mee kicap yang femes kat ipoh ni.. sbb dah lama tak makan tapi mengenangkan dah kenyang makan nasi ganja tadi terus tak jadi singgah



singgah TKK minum ais jagung ni... tapi ntah rasanya mcm dah kureng plak dulu-dulu makan macam sedap jer... okeh tak nak makan sini dah


tu jer kisah balik perak... next time balik nak pegi makan kat kedai-kedai yang dah list tu.. harap-harap dapat la pegi :)



si kecik tu bila jumpa cousin cousin sampaikan tido pun kena paksa lupa nenen dia lupa segala

jom layan keek bella bergembira main kt kg :)