Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label raya2014. Show all posts
Showing posts with label raya2014. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

hari raya korban

tahun ni turn balik kampung hubby sepatutnya... tapi nenek dia tak berapa sihat nenek dia datang stay kat nilai, so kitorang raya nilai jer la, tak pe la hari raya korban je pun ...
tau je la kalau tak balik kg ni aktiviti nya makan tido jer la kat rumah nak keluar pun malas....

pagi raya bangun awal, sebab dah niat nak solat raya kat masjid putra, Putrajaya,
last minit plan cakap kat hubby niat nak solat raya kat sana nak bawak bella, 

dengan harapan jumaat tu ada jual telekung kat jualan opis... nasib baik ada orang jual minggu tu.... Alhamdullilah rezeki bella Allah permudahkan....telekung RM20 jer

happy tak terkata bila dapat telekung tu... siap2 ckp kat dia 

"mama wash dulu, esok ikut mama solat kat masjid tau... "
"okey"

hari sblm tu, dapat puasa sunat hari Arafah... Alhamdullilah berbuka plak dengan kepala lemang + rendang daging MIL buat ni... nikmatnyaa :)

 

 telekung untuk bella :) jadi la nnti dah besar skit mama beli lain ok

 

 wefie otw ke masjid






Alhamdullilah dapat bawak budak kecik ni solat sama... pakai telekung tapi tak nak ikut solat tapi nasib baik dok elok je time mama solat... terima kasih bella sayang :)




sampai-sampai surau nampak cow kemain suka dengar cow tu berbunyi dia ckp "isk cow ni bising"









suka betul dia dapat tengok sanggup berdiri tengah panas janji dapat tengok dari dekat tak takut plak tu, aku tengok dari jauh jer dia tengok dengan papa dia dari ikat lembu sampai sembelih slumber jer tengok darah semua... idak la mama ngeriii



dia dah pandai cakap ni seronok jugak macam-macam cerita la keluar 



tu dok sibuk bercerita dengan kawan papa dia...



kalau ada rezeki tahun depan niat nak buat korban untuk bella plak Inshallah, KALAU.....:)
skrg pun satu bahagian dah RM550 lagi lambat lagi mahal kan...



Monday, 18 August 2014

open house, beraya sana sini

ni entry sekali harung namanya, dari start balik dari kampung raya aritu open house sana sini, last week full weekend tu pegi open house 7 buah rumah, minggu ni plak 3 buah rumah jer

nasib baik la bella sekarang dah senang nak bawak ke mana-mana dah boleh main tak kisah n mengaruk nak balik legaaa banyak dah sekarang memang siap2 spare bawak baju dia 2,3 helai dalam beg salin bila perlu 


ni masa baru-baru balik straight dari kg hubby kitorang beraya rumah kawan hubby  





jeling papa, sbb kena marah panjat baby chair :p



 beraya kat banting rumah opismate




yang ni lari kejap dari segala open house pegi tengok wayang kat Pall Mall seremban 1st time bawak budak ni pegi tengok movie ok gak tak meragam langsung stgh jam jer happy nya pastu pengsan lena sampai abes heehe... pass boleh bawak lagi :p

makan-makan kt seoul garden... sedappp





 yang ni pegi melawat baby baru lahir , wife kawan hubby kat Jalan Kebun Shah Alam bella suka sangat ngan baby happy la dia sibuk nak pegang-pegang baby tu,.. tak nak bawak balik tak bagi hihi



ni last week punya cerita hari sabtu pegi kenduri kawen kat kajang, Bella suka sangat la tengok pengantin kemain seronok tengok pengantin pakai cantik-catik ... dari kajang terus ke Open house cousin hubby kat Taman Andalas Klang, dari kelang terus ke subang bistari, open house pakcik hubby tak leh miss ni siap ada kambing golek our favorite :p dari Subang ke Equine Park Seri Kembangan Open House Makcik Sedara hubby aku dengan dress nya nasib baik la dress tu selesa siap dengan wudhuk friendly, nursing friendly...senang banyak walaupun anak kecik al maklum la si bella tu tak wean off lagi :p







 hari ahad plak pakat2 pakat ngan cousin hubby berkumpul kat rumah baru cousin dia kat ampang, nak bawak budak2 mandi swimming pool kt rumah dia, 3 orang je cicit yang ada sorang lagi baru 4 bulan, sorang lagi tak dapat datang diorang pegi India bercuti 




mommie2 pun join skali 


  
ambik aura nak dapat baby boy :p




ni plak semalam lepas balik dari swimming class bella, terus terjah rumah Lieyalatif dia ajak beraya n saing pegi open house rumah opismate kitorang  iqa 

open house ni kat putrajaya alang-alang dah pg class kat putrajaya, dah sebulan tinggal kelas nasib baik bella tak lupa lagi skill risau jugak kan maklumla budakk

ni rumah iqa, sedap-sedap belaka, ada laksa penang, laksa kelantan, spagetthi, pulut rendang mcm-mcm 





last2 balik balik ke rumah lieya lieya ajak lepak-lepak nak bagi anak2 main sama hihi tq la 2 kali datang beraya malew kiter :)

 best betul lepak belakang rumah dia sejuk jer sambil melayan anak-anak beriadah...macam-macam ragam anak-anak tengah panas lenting pun tak peduli janji dapat berlari sana sini

anak dara saya dan anak dara FydaRahim 

 

 si Bella tu tak nak kalah, main ngan anak-anak lieya mcm pandai kayuh jer eksyen jer lebih tu hihi



masing-masing dengan basikal, car, push car seronok la tengok aksi diorang ni




terhibur masing-masing dengan karenah anak-anak sekali sekala dapat berjumpa mcm ni bukan senang :)










ok bye... tu jer cerita mama kitew kiss kiss from Bella n Dayyan muahh :)


 



Tuesday, 5 August 2014

raya 2014 kami tema royal blue

pagi raya tu sempat la jugak bergambar sbb tahun ni semua pakai tema royal blue..
  jadi wajibbb ambik gambar la kan,  belikan abah ngan mak baju sama jugak.... 

 hubby balik dari solat raya terus siap2 setting camera lepas sesi salam-salam start la bergambar 


my little family :)

 
Mak & Abah


 

family yong (kakak sulung aku) 



family Nyah (kakak no 2 ) 
  


 Family kak na (kakak no 4)
 
  
mak abah & anak-anak

abang aku tu no.3, dia tak kawen so tak de gambar family la :)

 


bergambar satu keluarga 
5 anak, 4 menantu, 13 cucu

semua dah besar-besar cucu mak abah,  yang sulung dah 20 thn, dah abis matrikulasi dah yang bongsu setakat ni anak aku la si Bella tu...
 

kecoh nya achu tu :p

 

Free style



raya belah perak tahun ni tak banyak jalan raya cuma pegi 3-4 buah rumah yang dekat-dekat jer...sbb abah dah tak sihat tapi ramai yang datang rumah menziarah abah

Alhamdullilah kami masih diberi kesempatan untuk bergambar sekeluarga tahun ni 


Monday, 4 August 2014

Menjelang raya - Perak

tahun ni giliran beraya belah aku kat Parit, so menjelang raya kami kat Perak..

orang lain dah balik awal-awal lagi kami masih kat rumah sbb hubby still ada kerja sabtu tu dia balik kerja aku dah siap-siapkan semua barang depan pintu dah dah siapkan bella semua hubby sampai jer terus gerak dalam kul 6.60 plan berbuka kat tengah jalan jer...aku ni mmg jenis perisau tak abes-abes tanya hubby sempat tak sampai kat damansara tu sblm berbuka sbb nak singgah subway kat tropicana tu jer sambil isi minyak semua...
Alhamdullilah sampai ngam-ngam order duduk terus azan berkumandang... makan cepat-cepat sebab nak gerak before orang keluar balik kampung lepas berbuka 

jalan smooth jer malam tu tapi terpaksa berhenti kat tanjung malim sbb hubby dah tak larat dah mengantuk sangat berhenti tido sejam jugak masa tu dah nampak dah kereta semakin banyak masuk highway, so sambung perjalanan ok la termasuk stop semua sampai kat seri iskandar tepat kul 12.00 mlm 

terus singgah sahur kat kfc sambil melayan si kecik tu main kat playground.. tido sepanjang jalan dalam kete, celik2 nampak playground terus jerit "mama down" haihh pantang hihi




esok nya pagi2 semua dah start dah masak-masak kalau dulu masa abah sihat dia la orang paling kuat tapi sekarang dah tak mampu dah dia sedih jugak tapi tak pe la sekurang-kurangnya dia masih ada tahun ni kami pakat2 berbaju raya sedondon semua royal blue bagi meriah raya kali ni walaupun masing-masing sedih dengan keadaan abah


tahun ni abang ipar aku yang sulung la menggalas tugas siapkan lemang semua kitorang buat 4 kilo dari subuh dah start dah alhamdullilah kejap jer dah siap semua berkat berkerjasama




buat rendang ayam dan rendang daging jugak







malam tu lepas berbuka start main mercun dan bunga api bella la paling happy 1st time merasa main bunga api







bukan main berani lagi si kecik ni semua nak buat sendiri, main mercun pop pun tepuk pakai tangan jer gangster sungguh.... aku pantau jugak la takut kena plak api tu kang









seronok tengok budak-budak ni main... tapi kita dulu2 lagi best makin lama makin tak meriah dah raya rasanya ke sebab dah makin tua :p