Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday 29 December 2014

JJCM Nilai - Kedai Makan Tepi Kubur


 kedai ni kedai favorite hubby untuk makan tengahari,  nak datang sini kena datang awal kalau tak lauk abes ataupun meja penuh... meja dia tak bnyk ada la dlm 10 meja jer kot... kalau dtg sini sure berderet2 kereta kt luar kedai ni

kedai ni betul-betul tepi kubur kalau search location pun keluar kedai makan tepi kubur



konsep kedai dalam taman pokok buluh






kitorang pun dah lama tak dtg mkn kt sini, aritu cuti krismas tak ke mana aku plak malas nak masak terus ajak hubby datang sini tu pun dah lambat dah kul 1 baru sampai, lauk pun tak bnyk yang tinggal 

kitorang order daging salai masak lemak
ikan tenggiri asam pedas
sotong kicap (tak de dlm gambar)
ulam-ulam, (ulam ni wajib order sbb sedap sangat ngan sambal cili padi dia tu)




antara menu lauk-pauk yang ada




menu air





sapa suka pedas, suka makanan negeri sembilan ni la tempat terbaik kat nilai, mmg dijamin puas hati pedas sampai berpeluh-peluh

tapi kena datang awal tau... kul 11 dah bukak sila chop tempat.. kul 1 lebih biasa dia dah tutup pintu kedai dah tinggal orang kat dalam je makan :)







Thursday 18 December 2014

Big Bad Wolf 2014

 jom citer pasal apa yang sempat di beli masa Big Bad Wolf 2014 ni

aku pegi pun dah hujung-hujung dah, plan nak pegi masa awal2 tak dapat,  rasa mcm tak banyak sangat pilihan kali ni bila pegi dah hujung-hujung ni, mcm last year aku pegi awal puas hati semua basics book yang aku nak beli untuk bella ada, masa tu beli buku numbers, ABC, colors, shapes 

tapi ok la thn ni beli jugak books baru utk numbers n shape tu sbb bella masih tak hafal sgt colors2 dengan btol.. pastu beli exercise books jugak kat dia 


buku masak tu hubby pilih nak soh masak, tak dpt semua separuh pun jadi la katanya....
hoiiii separuh tu 200 resepi kot mampu kah aku?? hahhaha :p



 sound books ni bestttt sbb murahhh kannn, ni RM15 jer biasa kat MPH jenis2 cm ni 30-40 harga 



beli 2 jenis, yang ni sbb mak nya berangan nak anak jadi doctor ... mudah2an Allah makbulkan :)


aku pun baru tau beli lebih RM100 dapat membership card... so ok la berbaloi semua buku di atas termasuk satu buku papa  Ripley Believe It Or Not yang tak de dalam gambar RM103

 


yang penting anak happy parents happy sbb tak kuar duit bnyk :)

Wednesday 17 December 2014

subuh itu...akhirnya arwah abah pergi selama-lamanya


entry untuk kenang-kenangan saat-saat terakhir arwah abah

akhirnya setelah setahun 15 hari Arwah abah terlantar stroke, arwah abah pulang ke Rahmatullah pada 9 Disember 2014...

aku dapat call tengah malam dari abang ipar aku, 2 hari sblm abah dimasukkan ke wad Hospital Seri Manjung, sbb arwah mmg baru sehari abg ipar bawak duduk dengan dia untuk berubat, tapi malam tu kakak aku ckp abah demam kuat dan dia panggil ambulance datang, sepanjang abah sakit abah memang selalu keluar masuk hospital, jadi malam tu aku tak terus balik aku tunggu dulu apa2 khabar dari kakak-kakak aku kat perak

kebetulan hubby plak outstation pegi terengganu... aku mmg tak dpt nak balik, aku tunggu esok nya, plan nak balik bawak bella naik ETS je dari Nilai, dah siap2 semua tiket plak tak de cuti-cuti sekolah ni.. 
aku bgtau kakak aku aku tak dpt balik, tapi hati aku ttp tak tenang selagi tak balik... kakak aku pun siap call suruh balik tp still tak ckp abah sebenarnya tenat!! mungkin diorang pun tak nak kitorang yang jauh ni susah hati... 

ahad tu 7 Disember 2014, aku tekad balik tumpang orang, tinggalkan Bella dengan MIL... aku terpaksa 

sampai hospital aku terus menangis tengok keadaan abah, aku tak sangka abah tenat... abah sedar tp tak boleh respond apa-apa, cuma boleh bukak mata skit-skit bila aku panggil... bermula la episode kami adik-beradik berulang alik ke hospital jenguk abah, bergilir-gilir bacakan yassin, dah saudara-saudara buat baccaan yassin di masjid di kampung...





cuma mak yang stay di hospital jaga abah mak pun tak nak gilir-gilir, dia takut kalau apa-apa jadi kat abah dia tak sempat menghadap... sepanjang aku di hospital ada beberapa kali abah tenat dan lepas tu stabil balik... masa tu mmg tak tau dah nak ckp apa doktor call tgh malam mintak anak2 yang dekat datang doktor mintak kami buat keputusan samada nak tebuk tengkuk abah untuk sambungkan dengan mesin atau tak... kami pun tak sanggup tengok abah kami buat keputusan tak nak tebuk 

dan 

aku ckp sendiri dengan mak mintak mak redha kalau abah pergi... kami semua pun terpaksa terima dah redha dengan ketentuan Illahi bila tgk keadaan abah mcm tu kami tak sanggup

isnin malam tu kami sewa hotel dekat dengan Hospital Seri Manjung in case ada emercengy call dari hospital kami boleh rush datang... hospital kerajaan mana boleh tunggu ramai-ramai cuma abang dan mak gilir2 jaga itupun curi-curi masuk... malam tu sblm tidur aku call mak ckp bgtau cepat kalau apa2 masing-masing tak lena tido sampai la telefon berbunyi jam 5 lebih pagi 9 Disember tu, abang call nangis-nangis sambil ckp abah tenat..... kami 4 beradik rushing ke Hospital sambil berlari sampai kt katil abah... doktor dah ramai kat situ... doktor ckp abah dah nazak... nafas-nafas terakhir, masih sempat untuk ckp dengan dia 

aku dengan kakak sulung duduk kat telinga abah

aku di telinga kanan abah...sempat aku ajarkan mengucap dan mintak ampun buat kali terakhir, aku dengar dengkuran nafas terakhir abah... dan akhirnya dengan tenang abah pergi...... subuh itu, tepat jam 6.16, 9 Disember 2014 ...cuma kami 5 beradik dah Mak menghadap abah pergi....

segala urusan berjalan dengan lancar kami bawa abah pulang ke kampung untuk disemadikan di tanah perkuburan hampir dengan rumah... 

kami redha dalam kesedihan.. mungkin itu yang terbaik buat abah... 
Alhamdullilah aku sempat menatap arwah dan mengajar abah mengucap, aku sempat bacakan yassin semasa dia tenat, aku sempat kucup wajah abah buat kali terakhir, aku dapat solat jenazah

Thursday 13 November 2014

nutella brownies

baking project with bella...

saje nak test buat nutella brownies ni sbb senang barang pun mmg ada kat rumah nutella je la beli kat langkawi aritu...

bella pun dah besar dah boleh diharap ambik itu ini

ni jer bahan-bahan nya... 

m&m tu tambahan jer untuk topping


my little helper


tolong ambik sudu


tolong ambik kain lap



 tolong gaul-gaulkan tepung.... tolong makan m&m



ni hasilnya sebelum bakar... m&m tu bella yang tabur-tabur kan tu yang tak balance.....silap letak m&m awal abes cair-cair masa dah masak huhuhu

nak beli cup yang kecik2 tak de terpaksa la ambik yang besar ni dpt la 9 biji...




selepas bakar..... buruk btol rupanya tapi rasa boleh tahan jugak sedap tp kurang manis skit kena tambah susu lebih skit kot baru sedap :)





ok la skali skali baking untuk bagi bella syok bagi dia belajar, biar rajin skit kedapur bila dah besar nanti :)



Wednesday 12 November 2014

Tempat makan sedap di Langkawi

ni antara list-list  Tempat makan sedap di Langkawi  yang aku rekomen.. selain daripada Jom Ikan bakar yang femes tu


Nasi Dagang Pak Malau

breakfast boleh la datang makan nasi dagang Pak Malau ni, cam pelik kat kat langkawi tapi makan nasi dagang... kalau tak datang mmg rugiiii besar selain dari makanan dia yang sangatt sedap, kedai dia yang cantik n bersih, view tepi sawah, Pak Malau ni peramah sangat-sangat.... kitorang sampai-sampai terus di sapa dengan ramah rasa mcm welcomed sangat... mcm dah kenal lama bila berborak dengan dia siap bergurau-gurau lagi... layan tetamu mcm kita datang rumah dia... 







bergambar dengan Pak Malau dan Mak Malau






Pak Malau ajak bergambar dengan binatang peliharaan dia.. dik non nama diberi :)







Tosei Telur Kari Kambing

lagi satu tempat untuk breakfast memang aku recommend makan kat sini, kari dia sedap n banyak pilihan kuah kari dia ada la kot dekat 5 jenis... kalau tak suka makan tosei telur tu leh order roti canai, ada nasi lemak etc... tp paling win bagi aku mmg tosei telur dia yang lembut tu :)

  




EE burger

kalau dinner korang boleh try makan kat EE burger ni... ye kat sini pun ada burger jugak tapi kat EE burger ni sedap la bagi kitorang, harga pun berpatutan... kedai biasa jer mcm food court tapi mmg sedap reapeat 2 kali sepanjang kt Langkawi... 

regular beef burger

yang best nya daging dia tebal, buat sendiri kot


msuhroom soup



double beef burger


kat sini ada gak pasta, mcm olio, marinara pe semua tu kwn aku order pun sedap 


RESTORAN WAN THAI

kat sini ikutkan makan dinner la tapi aku ada baca review cakap kalau datang makan malam takut apa yang kita nak order dah abes kedai ni bukak dr tengahari mungkin bila orang ramai datang tu yang abes, so kitorang datang dalam pukul 2 lebih kat sini...


 kitorang order ikan siakap kerabu mangga


tomyam udang dalam kepala

ni antara special dish kat sini mmg sedappp sangat... siap ada isi2 kelapa yang lembut dalam tu

 

Hor Mok Ma Prao On (seafood curry in coconut)

yang ni paling win... sedapp betul tak pernah makan lagi sebelum ni... mmg terbaik sampai sekarang teringat-ingat benda ni...


ayam pandan


sotong goreng tepung





kailan ikan masin



pulut mangga yang sedap nyesal order 1





memang sangat-sangattttt puas hati makan kat sini....

utk berlima harga ok bagi kitorang sebab sedap sangat...

kalau pegi langkawi sila bawak family datang sini... confirm puas hatiii

total RM190

 

Tuesday 11 November 2014

Langkawi Day 3 & 4


hari ke -3 ni pagi-pagi bangun terus pegi ke pantai belakang underwaterworld
bergambar dulu kt pantai chenang ni... kat simbol langkawi ni


















 









hari ke -3  ni kitorang breakfast kat Nasi Dagang Pak Malau, dekat dengan Makam Mahsuri

sedap sangat dengan view yang cantik tak cukup rasanya sepinggan :p



 lunch plak kitorang makan lewat skit, sbb kenyang makan pagi tu, lagipun kitorang cari-cari restoran bamboo tak jumpa jenuh waze, tanya orang pun tak tau last-last kitorang decide makan kat Restoran Wan Thai....sedapp giler
  
JJCM ni nnti aku cerita details kat entry lain


hari ke-3 ni mmg aktivitinya shopping habis-habisan kitorang survey dari satu kedai ke satu kedai untuk membeli... n borong semua coklat hari ke 3 ni

untuk beli coklat kt HIG mmg best la selesa, tapi kedai wira langkawi lagi murah, kira murah banyak la jugak 2-3 ringgit... yang ni korang kena pandai-pandai la survey sbb kitorang pun terkena la jugak utk certain-certain barang, dah beli rupanya kt sinun lagi murah...

then pastu pegi plak kat kedai Langkawi Saga..pun sama coklat dia murah n kbtln masa pg tu kedai tu buat sale bnyk barang sale dlm 30% utk tefal, vision semua
 tapi tak pe la tu namanya tak de rezeki kita kan... :)

aku sempat beli vision loose kt wira langkawi ni.. sbb aku mmg tk nk beli set..

aku beli 2.2 liter punya periuk tu RM119, kat saga pun harga sama, kt the zone underwaterworld pun sama 

malam tu repeat makan kt EE burger, masing-masing order menu lain-lain plak

esok nya dah tak de pe, kuar breakfast, siap-siap barang semua cek out, lunch kat Jom Ikan Bakar skali lagi lepak lama-lama pastu round satu island.... sementara tunggu flight balik...

Alhamdullilah selamat pegi dah balik... happy semua pun dapat memborong barang yang nak beli kat sana

beg pun dah beranak pinak mari la kita pulang :)


 antara hasil shoppingan


 

coklat-coklatan

M&M dispenser - RM44.50 (wira langkawi)  kt HIG RM47.90
M&M fan - RM13.90 (wira langkawi) kt HIG RM15.90
hershey miniatures & reese - RM12.90 
M&M peanut butter -RM18 (HIG)
hersheys drop - RM12.90 (wira langkawi) 
daim- RM38 for 3 (wira langkawi)
Daim Snax -RM11.90 (the zon) kt Langkawi saga RM10.50
kinder country -RM9.90 (Langkawi saga)
nutella n go - RM4.70 (Langkawi saga)
nutella 375 gram - RM11.50 (The zon)
Toblerone - RM3.90 (The zon)




periuk Vision loose 2.2 liter - RM119 (wira langkawi) saiz besar 3.7 liter RM125 kt the zon & Langkawi Saga ada jual kat idaman suri tak de jual loose
Pan Tefal 24" -RM59.90 (idaman suri) kt tmpt lain pun harga sama 
sudip tefal - RM9.90 (idaman suri)