Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday 29 January 2015

Buffet dinner hotel Marriot Putrajaya

minggu lepas kitorang buat makan-makan untuk staff office menghabiskan duit tabung unit tahun 2014, diorang tak nak buat makan biasa-biasa semua pakat-pakat nak makan buffet kat hotel...

aku sebagai orang yang dilantik untuk uruskan makan-makan ni bagi la 4 pilihan nak makan kat mana, sampai pening-pening kepala pikir nak makan kat mana, nak mahal sangat ada jugak yang tak setuju, aku kena gak pikir semua pihak.... last-last decide sponsor makan guna duit office tu half, kitorang cuma bayar half price je, so ok la semua pun setuju....dah alang-alang nak makan hotel kan kita pegi 5* terus...

kitorang pilih buffet dinner Hotel Marriot Putrajaya 

untuk buffet malam tu seafood grill

jumaat tu after keje kitorang pegi la makan,  senang balik lambat pun esok nya dah cuti leh relaks2...

Satu unit ni tak ramai pun, total 20 orang je makan malam tu, booked siap2 tempat requested privacy corner space untuk kitorang je, sbb ada la meraikan few staff yang dah bertukar keluar sama...



selection of food dia mmg banyak...start makan kul 6.30 makan relaks-relaks, berhenti solat maghrib, 



sambung lagi makan...



makan 









makan



dan makan.... 



cheese baked scallops tu memang sedapppp :)

teringat-ingat la plakkk




sampai la kul 10.00 malam




kaki-kaki selfie  :)











best... makanan pun sedapppp...ahkak bagi 5 bintang  :p

buffet dinner kat sini RM107  tapi dapat less 20% (untuk maybank kredit card holder)

Wednesday 28 January 2015

kuala pilah

gigih ajak hubby pegi kuala pilah ahad lepas sebab nak pegi kedai emas kuala pilah, sbb tgk emas kt sini RM170/gram ...asalnya plan nak balik kampung tapi nenek hubby plak tak de kat kampung.... hubby ckp tak pe la pegi je la kuala pilah kalau nak pegi bukan jauh pun dari nilai, 


pegi la ahad tu, gerak pun dah tengahari sbb hubby nak singgah makan kat restoran nelayan kat rahang tu, ikut highway lekas, masuk seremban singgah makan dulu 

kitorang mmg biasa makan kat sini kalau datang seremban... ada dalam entry aku kat blog lama,  aritu tak banyak lauk dia maybe sebab kitorang sampai lambat kot... ada rusa je yang menarik, biasa kitorang makan landak,tapi tak de plak aritu...  

-location : shoplot betul-betul depan sekolah kebangsaan rahang

masak lomak daging rusa... 

sedappp ambik ni je ngan sambal ala2 sambal gesek dia tu



lepas makan terus gi kuala pilah... emas utk hari ahad tu 143 boleh la sbb kat tomei masa tu 170 segram..ok la


aku nak tambah charm je untuk emas pandora, tapi tak banyak choice sangat sebab bnyk kedai tutup rupanya hari ahad... kalau nk pegi better pegi sabtu la kot...semua kedai bukak,  tambah la jugak spacer skit tp murah la dari beli kat kedai2 emas mcm tomei, habib semua tu...






pastu alang2 dah pegi nmpk kedai basikal beli plak basikal kat si kecik tu.... dah janji dari dulu nak belikan kalau dia tak menangis pegi school.. dapat la basikal sebijik, pilih sendiri nak color red, mama dia berkenan color blue pun tak nak, nak red jugak walaupun tak pandai lagi color red :p



 harga RM100 ok la


dah beli siap kayuh sampai keluar kedai walaupun tak pandai lagi kayuh masa tu... :) tengah excited katakan sehari je main kt rumah dah pandai kayuh laju dah siap nak langgar kaki papa dia... :p



otw balik sempat la singgah beli daging salai opismate pesan dengan ayam kampung salai... fuhh sedap btol bila dah masak rasa mcm mkn nenek2 masak je aroma asap tu .... lain kali balik kampung boleh la beli lagi sedappp



pic dah siap masak je ada tak sempat nak snap kt kedai salai tu, memang sedappp.. puas hati




seekor RM28 utk ayam, daging RM28 jugak satu pemanggang, itik RM42 


Tuesday 13 January 2015

aktiviti taska anak

taska bella ni kiranya ada jugak la belajar2 skit-skit tak la taska semata-mata... sajer nak share aktiviti-aktiviti sepanjang orientasi dia last week 



 tampal nama masing-masing kt board ni.. sesi suai kenal



ni learning numbers








 

masa ni sambutan maulidur rasul kt school dia. diorang berarak kt area taman tu jer sambil selawat
 








peace tak jadi tu tak tinggal :p



ni aktiviti art, tampal2 gunting-gunting









tu jer la antara aktiviti kat taska dia... ok la kan dok ngan pengasuh langsung tak de apa2 aktiviti..kat sini at least boleh develop social skills dia 


aku tak expect la dia nak pandai membaca ke apa kt rumah pun aku ajar2 gitu jer...janji dia enjoy her so called school life ok laaa... 

Tuesday 6 January 2015

1st day at school

semalam start hantar bella kat Taska... aku panggil school jer sbb bella kan tak pernah dok taska dari 3 bulan sampai la skrg dok ngan pengasuh tu pun sampai tghari jer pastu stay ngan nenek dia... memang dah terlebih-lebih lemak dah budak sorang tu, nenek dia jemput dari rumah pengasuh bawak pegi kedai beli itu ini.... 

skrg rutin terpaksa berubah kena pegi school dari 7 pagi sampai 5.30-6.00 petang...kami mengharapkan dia ok dah boleh sesuaikan diri dia dengan keadaan sekarang..aku tak risau dia melalak2 sebab dia bukan jenis suka nangis cuma risau dia sedih :( aku pun sedih nnti huwaaaaaa.....

terpaksa cekalkan hati hantar dia... smlm aku ambik cuti konon nak stay tunggu dia tgk2 teacher dia dah tggu depan pintu mcm tak bagi parents masuk :( okeh la aku pun melangkah dengan berat hati meninggalkan anak berdikari :(....... semalam nampak ok jer bila dah tgk friends ramai terus tak pandang dah mama dia ni....



ni pic sebelum pegi school sempat suruh aku snap pic dia dulu sebelum keluar rumah



tengahari tu teacher dia whatapps aku... lega la sikit dengar dia ok Alhamdullilah




 petang masa datang ambik dia.... excited nampak muka aku depan pintu terus menganga2 jerit2 nak ambik beg nak balik cepat-cepat



ok la balik tu interview2 dia, dia ckp ramai kawan, makan ni makan tu tidur kat bilik aircond.... tapi teacher dia ckp bila petang dia merengek skit ckp nak mama... bila teacher pujuk ckp kejap lagi mama datang ambik... so dia ok balik




picture ni aku cilok dari FB Taska Bella... yang depan tu semua budak lama... yang belakang semua budak 1st day.... hahhahaha bella dalam bulatan :p nampak skit jer hehehehe



smlm aku tengok diorang buat aktiviti gunting-gunting tampal2 kenalkan nama masing-masing...  mcm ni



haihhh arini punya cerita plak pagi-pagi kejut ckp tak nak pg school nak pegi rumah makcik..(pengasuh lama) pening kepala mama nya sib baik makan pujuk sampai depan taska tak nak turun plak buat2 sleep haihhh bella makin banyak akal skrg


tapi sempat jugak suruh aku snap gambar-gambar dia pagi tadi... dalam pada tak de mood tu...


 cedihhh :(



biasala kan baru nak sesuaikan diri... budak baru 2tahun 6 bulan mcm dia, sedangkan kita yang dah tua ni pun lmbt nak sesuaikan diri kt tempat baru.... 

it's ok take your time baby... i trust u my little girl :)