Followers

Wednesday, 17 December 2014

subuh itu...akhirnya arwah abah pergi selama-lamanya


entry untuk kenang-kenangan saat-saat terakhir arwah abah

akhirnya setelah setahun 15 hari Arwah abah terlantar stroke, arwah abah pulang ke Rahmatullah pada 9 Disember 2014...

aku dapat call tengah malam dari abang ipar aku, 2 hari sblm abah dimasukkan ke wad Hospital Seri Manjung, sbb arwah mmg baru sehari abg ipar bawak duduk dengan dia untuk berubat, tapi malam tu kakak aku ckp abah demam kuat dan dia panggil ambulance datang, sepanjang abah sakit abah memang selalu keluar masuk hospital, jadi malam tu aku tak terus balik aku tunggu dulu apa2 khabar dari kakak-kakak aku kat perak

kebetulan hubby plak outstation pegi terengganu... aku mmg tak dpt nak balik, aku tunggu esok nya, plan nak balik bawak bella naik ETS je dari Nilai, dah siap2 semua tiket plak tak de cuti-cuti sekolah ni.. 
aku bgtau kakak aku aku tak dpt balik, tapi hati aku ttp tak tenang selagi tak balik... kakak aku pun siap call suruh balik tp still tak ckp abah sebenarnya tenat!! mungkin diorang pun tak nak kitorang yang jauh ni susah hati... 

ahad tu 7 Disember 2014, aku tekad balik tumpang orang, tinggalkan Bella dengan MIL... aku terpaksa 

sampai hospital aku terus menangis tengok keadaan abah, aku tak sangka abah tenat... abah sedar tp tak boleh respond apa-apa, cuma boleh bukak mata skit-skit bila aku panggil... bermula la episode kami adik-beradik berulang alik ke hospital jenguk abah, bergilir-gilir bacakan yassin, dah saudara-saudara buat baccaan yassin di masjid di kampung...





cuma mak yang stay di hospital jaga abah mak pun tak nak gilir-gilir, dia takut kalau apa-apa jadi kat abah dia tak sempat menghadap... sepanjang aku di hospital ada beberapa kali abah tenat dan lepas tu stabil balik... masa tu mmg tak tau dah nak ckp apa doktor call tgh malam mintak anak2 yang dekat datang doktor mintak kami buat keputusan samada nak tebuk tengkuk abah untuk sambungkan dengan mesin atau tak... kami pun tak sanggup tengok abah kami buat keputusan tak nak tebuk 

dan 

aku ckp sendiri dengan mak mintak mak redha kalau abah pergi... kami semua pun terpaksa terima dah redha dengan ketentuan Illahi bila tgk keadaan abah mcm tu kami tak sanggup

isnin malam tu kami sewa hotel dekat dengan Hospital Seri Manjung in case ada emercengy call dari hospital kami boleh rush datang... hospital kerajaan mana boleh tunggu ramai-ramai cuma abang dan mak gilir2 jaga itupun curi-curi masuk... malam tu sblm tidur aku call mak ckp bgtau cepat kalau apa2 masing-masing tak lena tido sampai la telefon berbunyi jam 5 lebih pagi 9 Disember tu, abang call nangis-nangis sambil ckp abah tenat..... kami 4 beradik rushing ke Hospital sambil berlari sampai kt katil abah... doktor dah ramai kat situ... doktor ckp abah dah nazak... nafas-nafas terakhir, masih sempat untuk ckp dengan dia 

aku dengan kakak sulung duduk kat telinga abah

aku di telinga kanan abah...sempat aku ajarkan mengucap dan mintak ampun buat kali terakhir, aku dengar dengkuran nafas terakhir abah... dan akhirnya dengan tenang abah pergi...... subuh itu, tepat jam 6.16, 9 Disember 2014 ...cuma kami 5 beradik dah Mak menghadap abah pergi....

segala urusan berjalan dengan lancar kami bawa abah pulang ke kampung untuk disemadikan di tanah perkuburan hampir dengan rumah... 

kami redha dalam kesedihan.. mungkin itu yang terbaik buat abah... 
Alhamdullilah aku sempat menatap arwah dan mengajar abah mengucap, aku sempat bacakan yassin semasa dia tenat, aku sempat kucup wajah abah buat kali terakhir, aku dapat solat jenazah

6 comments:

  1. al fatihah buat akak dan keluarga.
    semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. amin

    ReplyDelete
  2. takziah.. sedih baca entry ni..teringat masa atuk amna meninggal..

    semoga arwah tenang di sana

    ReplyDelete
  3. al fatihah utk arwah abah ko yatt. semoga arwah abah ko tenang dan ditempatkan di kalangan org2 beriman. insyaAllah. tabah ye... nk ngis aku bc entry ko. takziah sekali lg.

    ReplyDelete