Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, 9 June 2014

BBQ family


hari sabtu lepas kitorang ada family gathering belah hubby, berkumpul ramai-ramai kat rumah pakngah dia kat pajam

kebetulan mmg nenek n atuk dia ada kat sana sbb sebelum ni tak sihat so dok situ sementara anak gilir-gilir jaga, baru je sihat, konon2 nya sempena meraikan nenek dah sihat diorang ni sepupu sepapat pakat2 nak ber bbq

so sabtu tu pagi kitorang pegi la beli-beli barang, tak de pe sangat pun sebab yang banyak buat anak pakngah hubby, kitorang tolong-tolong je, cuma hubby tugas penting dia setup tempat bbq bab bakar2 ni dia mmg minat so bagi je la kat dia sorang pun boleh je dia tu

dalam pukul 6 lebih mcm tu siap2 set up api semua


sejak ada bella ni kot 1st time buat bbq so dia teruja lebih dok kat situ je sampai ke sudah....tak abes2 sebut  "api api"



bakar ayam dengan lamb jer pun tu pun berlebih2 sbb ada 2 family tak dapat datang last minit


menu di hari kejadian, ambik gambar separuh jer :)

ayam 
lamb
spagethhi bolognese, carbonara
sate
mashed potato, coleslaw
sago gula melaka 
buah




sambil makan-makan berkumpul depan tv tengok bola plak Felda vs Pahang kita sokong felda... yeayy walaupun kalah ihihihi semangat atok jerit2 masa gol 1st tu.. orang Felda katakann :p

ni budak jeles tengok baby datang dekat papa dia dan dan la macam2 aksi atas tu punya tak nak bagi baby tu dok atas papa dia, 

kalau ngan mama dia ok jer pegang la baby tu dia tak heran pun nak jeles2 bagai lagi dia suruh pegang ada la




cicit dalam family hubby
bidadari- bidadara syurga kami :)

hero nya sorang jer yang lg 4 semua girl




olololo kakak bella yang kecik molek, 

dia plak pegi panggil cousin dia kakak sebab tengok kwn tu lagi besar dari dia..... PERASANNN :p

Tuesday, 3 June 2014

swimming class putrajaya progress


 swimming class putrajaya progress

dah lama rasanya tak update perkembangan swimming class bella 

masuk minggu ni hari tu bella dah attend 8 class, sbb banyak skip balik kampung la apa la Alhamdullilah so far aku puas hati dengan perkembangan dia,

untuk kelas last week coach dia dah susun ikut kategori tahap pencapaian baby, alhamdulilah walaupun bella baru nak masuk 2 thn, dia no 2 selepas sorang baby 4 tahun, i'm so happy n proud of her :)

spek pun sengett.










gambar masa class tak de ada video jer....ni gambar after class... 


masa class kita layan video kat bawah k :) 












Monday, 2 June 2014

Pencarian taska area nilai


 Pencarian taska area nilai

start dalam awal tahun ni aku memang banyak bincang dengan hubby nak masukkan bella kat taska tahun depan, sebab bella pun dah besar tahun depan dah 3 tahun so aku pikir dah sampai masa dia kenal2 dunia luar, bergaul dengan ramai kawan-kawan, belajar skit-skit

duduk dengan pengasuh bukan tak ok cuma 

1. dia duduk berdua jer dengan sorang budak setahun jer, jadi tak bergaul dengan ramai kawan

2. tak belajar apa2 langsung kat sana, maybe setengah pengasuh rajin la kot nak mengajar tapi pengasuh bella ni aku nampak tak ajar pun, tak kisah la dia pun mungkin busy kan.. 

3. pastu masalah cuti, tau je la pengasuh ni rajin skit cuti ikut sukati dia kalau taska ni jarang nak tiba2 tutup tanpa sebab

so aku pun start-start la survey taska-taska area nilai tu, tak kisah la taska ke playschool ke tadika ke apa pun janji berkonsepkan belajar, banyak jugak jumpa banyak yang untuk budak 4 tahun ke atas, aku mula2 berkenan nak antar kat smart reader / q dess tp memandangkan kat nilai ni tempat dia shop lot belah atas jadi aku tak berkenan bab naik tangga tu..

so pencarian aku mmg taska bawah jer cari punya cari dah shorlisted kan antara 2 jer yang berkenan dan dekat dengan rumah,  satu tu pun tetap shop lot cuma satu je yang taska semi D

aku dah call dan bercakap dengan Teacher yang incharge

kiranya taska ni pun aku tengok dari gambar, kira love at the 1st sight la konon hakhakk 

comel kan??
 

sebab taska dia cantik, lepas tu godek-godek FB taska ni, nampak bersih,  pastu aku suka dia selalu update activity apa yang anak2 kita tengah buat sekarang kt fb jadi kita leh nampak la dari situ.. kawasan nak masuk taska tu pun ada security guard, parents akan di bagi access card untuk masuk, aku suka bab ni sbb nampak safety utk anak-anak kat situ.. 

utk student 4-6 plak ada class mandarin, piano, or swimming boleh pilih nak ambik class mana satu... yang tu nnti bila dah 4 thn cuba la dulu setahun tengok mcm mana kann..

masa call pun rasa puas hati la dengan layanan teacher tu, tinggal nak pegi tengok sendiri taska tu dan isi borang jer utk pendaftaran tahun depan

harap2 dipermudahkan segala urusan kami dan berakhirlah pencarian taska bella disini