Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Tuesday, 10 June 2014

Persiapan Birthday Anak

sekarang ni tengah counting the days to 2nd birthday si anak dara kitorang tu...:)

maknya gigih la serba sikit buat persiapan birthday tak de la gigih sangat kan sebab tak buat kat rumah pun, buat birthday party kat KFC tahun ni, so mcm biasa bayar goyang kaki jer la... 

kali ni mmg betol-betol simple je aku buat, aritu masa birthday celebration setahun lain skit kot, sbb biasa la birthday 1st harus semua parents teruja kan... ni buat simple2 sudehh janji buat budget pun skit tahun ni :) tahun depan Inshallah bella dah start stay kat taska, so plan mmg hantar goodies bag jer la

kebetulan boss tengah tak de kat opis so curi-curi masa buat birthday invitation, aci kan?? :p

yang kfc bagi pun ada, tapi cam tak best jer so diy je... mak nya mmg berkenan benda-benda cam ni :p










 
buat invitation card jer pun, yang lain-lain dah siap tak de pe nak buat kot... 

nanti aku update cerita birthday bella plak :)




keek bella 






Jun 9, 2014 | Learning learning learning part 2 by reasalsabila on Keek.com

Monday, 9 June 2014

BBQ family


hari sabtu lepas kitorang ada family gathering belah hubby, berkumpul ramai-ramai kat rumah pakngah dia kat pajam

kebetulan mmg nenek n atuk dia ada kat sana sbb sebelum ni tak sihat so dok situ sementara anak gilir-gilir jaga, baru je sihat, konon2 nya sempena meraikan nenek dah sihat diorang ni sepupu sepapat pakat2 nak ber bbq

so sabtu tu pagi kitorang pegi la beli-beli barang, tak de pe sangat pun sebab yang banyak buat anak pakngah hubby, kitorang tolong-tolong je, cuma hubby tugas penting dia setup tempat bbq bab bakar2 ni dia mmg minat so bagi je la kat dia sorang pun boleh je dia tu

dalam pukul 6 lebih mcm tu siap2 set up api semua


sejak ada bella ni kot 1st time buat bbq so dia teruja lebih dok kat situ je sampai ke sudah....tak abes2 sebut  "api api"



bakar ayam dengan lamb jer pun tu pun berlebih2 sbb ada 2 family tak dapat datang last minit


menu di hari kejadian, ambik gambar separuh jer :)

ayam 
lamb
spagethhi bolognese, carbonara
sate
mashed potato, coleslaw
sago gula melaka 
buah




sambil makan-makan berkumpul depan tv tengok bola plak Felda vs Pahang kita sokong felda... yeayy walaupun kalah ihihihi semangat atok jerit2 masa gol 1st tu.. orang Felda katakann :p

ni budak jeles tengok baby datang dekat papa dia dan dan la macam2 aksi atas tu punya tak nak bagi baby tu dok atas papa dia, 

kalau ngan mama dia ok jer pegang la baby tu dia tak heran pun nak jeles2 bagai lagi dia suruh pegang ada la




cicit dalam family hubby
bidadari- bidadara syurga kami :)

hero nya sorang jer yang lg 4 semua girl




olololo kakak bella yang kecik molek, 

dia plak pegi panggil cousin dia kakak sebab tengok kwn tu lagi besar dari dia..... PERASANNN :p

Tuesday, 3 June 2014

swimming class putrajaya progress


 swimming class putrajaya progress

dah lama rasanya tak update perkembangan swimming class bella 

masuk minggu ni hari tu bella dah attend 8 class, sbb banyak skip balik kampung la apa la Alhamdullilah so far aku puas hati dengan perkembangan dia,

untuk kelas last week coach dia dah susun ikut kategori tahap pencapaian baby, alhamdulilah walaupun bella baru nak masuk 2 thn, dia no 2 selepas sorang baby 4 tahun, i'm so happy n proud of her :)

spek pun sengett.










gambar masa class tak de ada video jer....ni gambar after class... 


masa class kita layan video kat bawah k :)