Followers

Monday, 4 August 2014

Menjelang raya - Perak

tahun ni giliran beraya belah aku kat Parit, so menjelang raya kami kat Perak..

orang lain dah balik awal-awal lagi kami masih kat rumah sbb hubby still ada kerja sabtu tu dia balik kerja aku dah siap-siapkan semua barang depan pintu dah dah siapkan bella semua hubby sampai jer terus gerak dalam kul 6.60 plan berbuka kat tengah jalan jer...aku ni mmg jenis perisau tak abes-abes tanya hubby sempat tak sampai kat damansara tu sblm berbuka sbb nak singgah subway kat tropicana tu jer sambil isi minyak semua...
Alhamdullilah sampai ngam-ngam order duduk terus azan berkumandang... makan cepat-cepat sebab nak gerak before orang keluar balik kampung lepas berbuka 

jalan smooth jer malam tu tapi terpaksa berhenti kat tanjung malim sbb hubby dah tak larat dah mengantuk sangat berhenti tido sejam jugak masa tu dah nampak dah kereta semakin banyak masuk highway, so sambung perjalanan ok la termasuk stop semua sampai kat seri iskandar tepat kul 12.00 mlm 

terus singgah sahur kat kfc sambil melayan si kecik tu main kat playground.. tido sepanjang jalan dalam kete, celik2 nampak playground terus jerit "mama down" haihh pantang hihi




esok nya pagi2 semua dah start dah masak-masak kalau dulu masa abah sihat dia la orang paling kuat tapi sekarang dah tak mampu dah dia sedih jugak tapi tak pe la sekurang-kurangnya dia masih ada tahun ni kami pakat2 berbaju raya sedondon semua royal blue bagi meriah raya kali ni walaupun masing-masing sedih dengan keadaan abah


tahun ni abang ipar aku yang sulung la menggalas tugas siapkan lemang semua kitorang buat 4 kilo dari subuh dah start dah alhamdullilah kejap jer dah siap semua berkat berkerjasama




buat rendang ayam dan rendang daging jugak







malam tu lepas berbuka start main mercun dan bunga api bella la paling happy 1st time merasa main bunga api







bukan main berani lagi si kecik ni semua nak buat sendiri, main mercun pop pun tepuk pakai tangan jer gangster sungguh.... aku pantau jugak la takut kena plak api tu kang









seronok tengok budak-budak ni main... tapi kita dulu2 lagi best makin lama makin tak meriah dah raya rasanya ke sebab dah makin tua :p


1 comment:

  1. salam aidilfitri kak yatt & family...
    waaahhh meriahnyer raya siap bako lemang lg tu.
    suke bella dpt main bunga api dgn kazen kan =)

    ReplyDelete