Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday 10 July 2014

Puding Roti

aku ni mmg hantu dessert skit, tengok menda lain tak la terliur sangat tapi kalau bulan puasa ni view-view gambar dessert Ya Allah harus menjejes-jejes ailio :p

aku sendiri pun nak masak-masak tak berapa nak reti sangat tapi kalau buat dessert Inshallah sedap hahaha perasannnn...

tapi level nya tak la sampai ke tahap buat segala creme brulee, panacotta, macarons bagai tu, takat choc cake tu ok lagi kot ..... 

dah-dah melalut dah ni, yang iye nya nak share resepi puding roti, tengah dok godek2 pic dalam hp jumpa plak pic puding roti ni so jom share resepi kat sini


resepi puding roti ni aku ambik dari blog kak nani rostam  mcm dah letak kat blog lama tp nak letak jugak kat blog ni sbb baru buat kan hahahha

aku mmg dah biasa buat dah, ikut jer resepi sebijik-sebijik Inshallah sedapp dah siap turun ilmu dah kat budak-budak opis ni diorang try pun ckp sedap :)

resepi puding caramel pun aku guna resepi dia


Bahan-bahan :-


Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.


Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan


gula 1 cawan


telur 6 biji


esen vanila 1tsb


butter 4 tsb


kismis-agak2 (aku guna hersey choc chip)


serbuk kayu manis.1tsb


Cara-caranya:


Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit



ni la rupa bahan-bahannya, roti tu aku pakai yang butterscotch, kismis tu aku ganti dengan choc chip hersey kebetulan mmg ada balance yang buat kek aritu.. sambil buat bella cukai skit-skit choc chip aku :p


dah siap bahan-bahan tu korang tuang je atas roti yang dah susun tadi biarkan sekejap


biar sampai roti tu kembang-kembang skit




pastu bakar.... done boleh makan dah... ikut resepi letak sos castard kalau tak letak pun dah sedap ikut suka la :)



No comments:

Post a Comment