Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, 18 September 2014

Sentosa Villa Taiping



Sentosa Villa Taiping ni actually aku dah lama dah tau tempat ni cuma tak berkesempatan nak pegi, tapi dok dalam list antara tempat-tempat yang nak pegi jugak la, tambah lagi bila kwn aku lieya pegi aritu, tengok memang best jer kalau nak bawak bella ni...  
last week kitorang pegila cuti-cuti malaysia, plan pun seminggu sebelum jer hubby tetiba cakap "mama kat taiping tu tempat apa yang mama cakap best tu?" hubby mmg cam tu la bab-bab cari tempat semua serah kat aku jer dia tukang bayar jer la

dah tunjuk gambar semua dia puas hati suruh aku book, plan nak book untuk 3 hari 2 malam tak dapat sbb full cuti sekolah rupanya tak perasan tak pe la janji dapat semalam pun jadi la the next day tu hubby minta aku book kan kat ipoh jer kbtln dia pun ada hal kt ipoh

jumaat tu dalam kul 9.30 gerak breakfast bagai ikut hubby settlekan keje skit terus gerak ke utara, singgah banyak kali la jugak 

dalam kul 3 tu kitorang sampai taiping baru pasang waze sebab tak tau kat mana villa ni, jenuh jugak la nak cari sebab mmg tak nampak dari luar pun actually dekat jer dengan zoo n taman tasik taiping tu..

 *
 *


so here we're






reception


ni la bilik yang aku booked wooden villa 
memang dah plan nak villa ni nasib baik ada kosong lagi utk jumaat tu



si kecik tu pun excited tengok sini tengok sana..tempat baru kata kan aku siap cakap "bella malam ni kita sleep kat sini tau".. dia pun ok jer :)




masuk bilik snap2 dulu, menikmati pemandangan dulu ni view dari balcony villa kitorang
rasanya untuk wooden villa ni view dari bilik ni yang paling best... kalau korang nak book jangan lupa mintak bilik A001 atau A002 aku dapat belah bawah ok skit ngan anak kecik kan risau jugak kalau ambik belah atas








sampai-sampai disambut oleh turkey kat dari depan tangga bilik sampai la kebelakang dia follow kitorang bella suka la tapi bila turkey tu berbunyi dia takut la jugak sbb bunyi dia kan pelik skit hihii





 gambar dalam villa








 


aku suka bilik air dia ala-ala balinese style, tak licin langsung aku biar je bella mandi sorang dalam tu







ni pic aku snap dari atas katil :)






view from balcony

 
 

 





 
lepak-lepak jap, papa ngan bella tido sekejap.. sbb bella sepanjang jalan tak tido lepas tu baru aktiviti mandi-mandi sungai






Thursday, 11 September 2014

taska anak

sebut pasal taska anak, dekat-dekat hujung tahun ni semua pakat-pakat pening kepala nak hantar anak kat mana kan? kat opis pun cm tu la.. 

kitorang aritu after balik dari playgroup alimkids tu aku ngan hubby sempat la pegi jenguk taska yang aku kata nak hantar bella tu, after buat appointment dengan owner taska tu aku pegi la
mula-mula dia kata dia tak de, dia akan mintak one of the teacher tunggu aku datang utk tengok-tengok keadaan taska tu, pastu tiba2 dia sms ckp dia tunggu kitorang  datang Alhamdullilah dapat jumpa dengan owner sendiri.. baru puas hati skit kan..

first impression.. i would say, we feel welcome by the owner, both mmg very friendly, taska tu pun bersih cantik..

bella plak once papa dia park jer depan taska bella terus jerit "papa nakkkk cepat cepatt" (sambil pakai kasut cepat2) excited nak masuk dalam taska tu tambah lagi bila nampak ada slide, swing etc..

sempat snap gambar kat luar je bila dah masuk dalam tu dah sembang-sembang semua lupa terus nak snap

macam-macam la aku tanya, sambil-sambil tengok keadaan dalam rumah tu, masuk2 mmg kosong je cuma ada playmat ngan tunnel je kat ruang depan tu, and ada gate dr pintu utama ke ruang tamu, gate dari bawah ke tangga atas, gate dari ruang depan ke bilik air..

Alhamdullilah lepas interview n inspection aku ngan papa setuju dan bayar la deposit 

antara ciri-ciri yang aku rasa aku suka pasal taska ni

1. berdaftar dengan JKM, ada sijil, ikut ratio (pengasuh : baby)

2. guarded & gated area, parents nak masuk pun pakai access card & car sticker

3. kawasan rumah tu tenang ada a fews rumah je area situ mmg tak sibuk, rumah semi D ada playing area

4. taska bersih dan owner pun pembersih

5. bilik tido belah atas asing boys & girls, bawah baby n ada aircond

6.banyak buat learning activities even untuk babies,  ada time untuk belajar (9-11am  2-3years, 11-12 babies)  (selalu update activities anak kat FB)

7. harga berpatutan (RM200 registration, RM300 monthly) lain-lain charge yearly mcm konsert & sukan bayar kemudian




ni pic aku snap masa sampai tu, weekend.. diorang akan basuh n jemur semua bantal selimut n everything



balik dari taska ni until now,  keep on asking her "nak tak dok taska tu?" dia jawab nak

before tido, aku tanya tapi dia tanya kita balik "mama? papa?" aku jawab "mama papa work bella dok taska k, ada friend, ada teacher ada playground" then she said "ok.. tapi bella nak sleep dulu" :p


dia baru 2years 6 months masa aku hantar taska ni nanti

again, aku rasa nak menangis pikir mcm mana dia dok situ from 7 am to 6pm..
 same feeling masa hantar dia kt babysitter 2 years ago, mama yang over.. menangis tak sudah2 malam sebelum hantar tu :(

HOPEFULLY she can survive :) 


**semoga semua dapat cari taska / tadika yang terbaik buat anak-anak

Monday, 8 September 2014

alimkids playgroup

sabtu aritu kitorang bawak bella pegi alimkids playgroup dekat Desa Pinggiran Putra, benda ni pun tiba-tiba jer, dulu aku pernah whatapps tempat tu untuk join playgroup tapi dia bgtau tak buat untuk trial lagi dia buat untuk yang mmg dah daftar ngan diorang jer,

tetiba jumaat aritu aku been invited dalam satu group chat playgroup tu tnya sapa2 parents yang nak bawak anak join class 

aku tanya hubby ckp ok jer, sbb petang tu tak dapat nak join swimming class hubby ada keje, boleh la pegi playgroup at least bella tetap ada activity on weekend

sebelum ni bella penah try trial playgroup mcm ni jugak kt excel khalif kat kajang tapi sebab jauh so aku rasa mcm susah skit nak join so try yang ni plak

playgroup tu start pukul 10.00 kitorang pegi sana survey tempat n breakfast dekat kedai area situ jugak senang nanti terus je pegi, actually ni taska bijak cerdik punya dia ada cawangan kat presint 9 jugak dekat area dapurmas tu tapi minggu lepas dia buat kt DPP dulu nak survey parents prefer buat kat mana stay kat DPP org P9 so mostly yang datang pun dari Putrajaya so semua sepakat nak kt P9 jer senang so next week kt P9 la




sampai-sampai tu tak de orang lagi duduk dalam 10 minit baru ramai yang datang


1st activity

 teacher tu bagi diorang satu bekas colored button untuk buat activity lacing


2nd activity

teacher tu siap-siap susun 4 kerusi color red, green, yellow, blue, so diorang kena ambik button button dari dalam box tu sort ikut color



 
 
teacher pujuk bella, mula2 dia malu-malu semua nak mama join lepas tu ok dah la kejap jer



3rd activity 

playing with parachute, singing, dancing




 
4rd activity

basic phonics learning

ni diorang guna buku (phonics junction for little muslim)

kusyuk semua dengar teacher dia menyanyi


5th activity 

sensory activity (playing with jelly, fruits, water and spoon)

yang ni paling bella suka, dia sudu jelly dalam air tu sekali sudu skali masuk mulut haha...  yang budak sorang tu dah sampai 10 jelly dalam plate dia elok jer bersusun tak makan pun, si bella kosong plate semua masuk mulut

kesian anak aku, lapar gamaknya...:)

 





dah abes activities semua tu sebelum balik ada jamuan ringan biskut tiger dgn air ribena 





 so ni module-module untuk every weeks kalau nak follow semua module

macam this week dia akan buat cooking class katanya tapi bella tak dapat join this week

untuk playgroup ni bayaran RM15 jer per class 

aku prefer lagi yang mcm ni dia tak de commitment, ikut kita kalau free datang n after class bayar settle
 
macam setengah playgroup tu kena bayar regstration fee n monthly sekian sekian..
 aku mmg tak boleh nak bg commitment sebab bella ada swimming class lagi, plus weekend kan selalu je ada hal, balik kampung la kenduri la apa la kalau dah bayar mahal2 rugi plak tak pegi kan







macam alimkids ni ok la bagi aku untuk budak yang tak dok taska mcm bella yang dok ngan pengasuh, at least once a week ada something untuk belajar lagi pun cuma sejam jer n RM15/perclass sangat ok aku rasa  

walaupun benda2 simple jer dia ajar, tapi kalau kita rajin buat kat rumah every weekend ok la... aku rajin jugak... tapi bila perasaan malas tu datang tak leh buat apa dah hihihihi