Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday 9 July 2014

sogo raya sale, gathering, dan shopping raya

tajuk tamak sungguh masukkan sekali harung semua citer dalam ni :)

cerita Jumaat

so aritu sempat la pegi sogo raya sale sebelum puasa, mcm biasa bila sogo sale mula la pakat-pakat ngan geng-geng bff exuitm aku yang duduk nun di tanjung malim tu... masing-masing cakap ok then set ambik cuti jumaat tu aku sorang-sorang je dari Nilai ni naik train papa hantar half way sampai kat bandar tasik selatan 

dekat setahun jugak kitorang dah tak jumpa kiranya gathering kecil2 la ni hahah 3 orang jer pun ok la kan dapat jugak lepaskan rindu :p

sampai sogo ngam2 kul 10 aku masuk dulu sementara orang tak ramai aku grab mana yang patut tujuan nya nak cari baju raya si kecik tu sehelai dua... orang punya ramai nauzubillah.. aku pagi tu dengan tak breakfast nya, minum air mineral jer, settle beli baju hubby, baju bella aku terus naik atas lepak kat foodcourt sorang-sorang sambil tunggu diorang aku rasa mcm nak pitam tengok orang ramai.... makan dulu isi perut kang sambung shopping lagi


us... friends for 14 years

sib baik ada yang bawak monopod :p




ok dah jom sambung shopping lagi... 



dalam kul 3 aku gerak balik masa tu orang dah terlalu ramai dah mmg tak sanggup dah nak beratur bayar kat children department sampai dah tak nampak apa dah penuh ngan orang sesajer

aku tak de la shooping sangat pun yang iyenya nak jumpa kawan-kawan jer... sempat rembat 

baju hubby sehelai (MU) dari RM89 jadi RM26
baju aku 2 helai (PADINI) dari RM79 jadi 26.90 n 19.90
baju bella (oshkosh n carters) 2 pasang RM130

tu jer




Cerita Sabtu

sabtu tu plak ajak hubby shopping raya lagi, nak mencari kasut bella, anak aku ni susah skit nak cari saiz sbb small size kan... mcm tahun lepas pun aku ajak pegi pavillion sebab kat sana mmg banyak pilihan kasut untuk budak-budak ni, nak harapkan alamanda tu mmg tak de la saiz anak aku n tak banyak pilihan nya..

so thn ni pun cm tu la nampaknya, aku ajak hubby pegi pavillion, lagipun sana senang tak sesak.. harga sama je mana-mana pun

pegi tak bawak stroller, sib baik orang mmg tak ramai so ok jer la dia nak berlari-lari senang lagi nak menjaga





sampai-sampai papa plak ajak masuk cari kasut dia, follow jer la, kat rumah tak de plak cakap nak beli apa-apa, hubby ni pesen slumber je pegi mintak diskaun aku dah nak tergelak dah..
 tapi yang best nya dapat plak tu, staff tu pegi bagi less 10% harga staff
 

 sambil mengunggu aku ngan bella berselfie selfus la apa lagi :p


 

family potrait :p




hubby mmg suka sabotaj gambar aku... jelir lidah plak :)


 
abes beli kasut tengok rayban plak dah... kbtln ada less 40%
tak pasal-pasal terjebak membeli, kat sini pun mintak kurang lagi dapat jugakkk ko.. haha dapat la kurang lagi RM20-30..

masa ni aku mintak la handbag sebijik sbb dia beria shopping rayban :) bila lagi kan... lalalalaa





lepas makan baru la start misi mencari barang bella
tahun ni pun sama gak beli adidas sbb banyak pilihan kat sini mula la rambang mata, beli sport shoe satu kat dia, nak cari la sandal jugak satu malangnya saiz paling kecik saiz 4, anak aku pakai terjulur2 kaki depan tu.... :( so sad 

tak tau nak cari kat mana sandal dia....kasut ala2 girl dah beli dah aritu..


rembat dress bella sehelai kat baby GAP frust sbb yang sale banyak tak de saiz bella :( cari yang sale je la aku ni :p

lepas tu ajak singgah H&M sbb kakak aku pesan baju n nak cari jeans bella

pegi la H&M Avenue K... tak best langsungg kat sini.. pendapat aku la banyak barang tak de dah abes tak restock... berselerak n tak banyak pilihan nyesal pegi :( 

masa pegi sini pun bella dah lena dalam kete penat sangat kot aku soh papa park btol2 depan H&M tu aku sorang jer turun beli senang kang hangkut semua kang bising plak lama-lama

kat sini pun tak shopping apa sangat beli suar n baju anak buah aku, legging bella sehelai n jeans tu jer tak bnyk yang menarik kat Avenue K ni... frustttt


baju2 anak buah aku

 yang dress tu sajer beli untuk diorang tak tau nak belikan apa dah besar dah masing-masing

 


ok abes dah kisah shopping raya untuk this part lepas ni tinggal nak cari baju kurung aku n baju melayu hubby je kat Jalan TAR...lain-lain dah settle  


baju kurung bella pun tempah online jer, bagi ukuran kat tailor tu semua dah...minggu ni balik perak ambik, dah siap yeayyy!!!

2 hari berjalan sampai sakit kaki siap kena letak minyak bagai malam tu... okeh simptom2 umur semakin meningkat tua dah semakin menjelma :p



** tahun ni tema Royal Blue / Electric Blue

 



2 comments:

  1. Haha amna ada baju birunsweetest thingbtundgn dress gambar cat

    ReplyDelete