Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday 21 August 2014

perkembangan anak





bella dah 2years 2 months Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk menyayangi dia

lama tak sembang sembang pasal perkembangan anak , alaaa anak aku sorang tu jer la pun (buat masa ni) so korang layan la aku ni nak cerita pasal Bella hahaha sian aku :p dulu rajin jugak cerita kat blog lama aku tu


Alhamdullilah dah banyak cakap dah yang paling best aku la orang yang paham apa jer yang dia cakap walaupun dia sangat lama dengan nenek siang malam dok ngan nenek bila nenek tak paham tnya mama jugak dia ckp apa :)

dia tak pelat cuma belum cakap penuh lagi, contoh "Bella Punya" akan jadi "Bel nya" mcm aritu kitorang jenuh cari sikat hilang papa dia bising-bising la agaknya dia perasan satu hari aku ngan dia dalam bilik bukak laci sikat tu elok je ada dalam laci tu dia terus ckp "mama ni kat papa alam ni" aku nak tergelak pun ada dia boleh ingat yang kitorang kalut2 cari sikat aritu.. :)

dia dah boleh sambung ayat 5 ayat dah sometimes boleh sampai 7 ayat Alhamdullilah tapi tak heran jugak, sbb bella ni duduk dengan nenek dia siang, jadi aku rasa sentiasa ada orang rajin melayan dia bercakap which is good for her...  sbb banyak aku baca mmg parents kena rajin bercakap dengan anak nak harapkan taska or pengasuh mmg susah la kan  if ikut chart sepatutnya 2years dah boleh sebut 100 words tak silap, bella dah boleh sebut lebih dari tu  

perkembangan lain, bella sekarang baru je boleh kira 1,2,3 bab nombor ni aku perasan bella mmg kurang cepat skit haha ayat kurang cepat tuh...  but it's never too late to anything kan aku skrg banyak ajar dia numbers numbers numbers... dia masih blom boleh kira btol 1-10 :(

for ABC plak dia tak boleh la nak baca sendiri A-Z tu sbb aku dari dia baby aku ajar dia contoh : A-for apa B- for apa
buat masa sekarang dia dah boleh ingat bnyk cuma 9 huruf ni (J,K,O,Q,U,V,W,X,Y) dia mcm susah skit nk ingat yang lg 17 huruf tu dia dah boleh jawab laju jer bila aku tanya


sekarang suka ajak aku baca books sebelum tidur sambil baring ala-ala bedtime story la tapi ngan aku angkut books yang belajar2 jugak hihi, pastu suka sangat nak soh aku menyanyi sebelum dia tido aku pun reka la segala macam jenis lagu, rain-rain go away la, bangun pagi gosok gigi la, itsy bitsy spider la kena bnyk lagu plak tu kang dia jemu hahha jenuh nak hapallll oiiiii....

sblm ni aku penah cerita aku cukup risau bila tengok bella kurang bersosial (baca kat sini ) dengan budak lain dia lambat nak bergaul sampai aku rasa nak hantar dia pegi taska masa tu biar dia bergaul ngan ramai budak google mcm-macam nak bagi dia suka bergaul biasa la mak dia ni ratu google jugak tapi ada baik nya kita banyak membaca kan kurang-kurang dapat ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama, tapi sekarang aku tengok bella dah ok nampak dia lebih confident bergaul lepas dia join swimming class tu ni pada pandangan aku la...dengan coach dia pun dia dah tak kisah dulu mana nak orang pegang dia untuk jadikan contoh kat student lain sekarang relaks jer.. good anak mama

pasal perkembangan swimming skill dia pulak, dia dah boleh dah lepas dalam air actually dah sampai kat finale lesson dah cuma dia suka lupa nak kick kaki tu yang buatkan dia tak lepas lagi tu... skrg ni cuma ulang2 balik skill sama n reminds her to kick her legs bila dia dalam air coach dia ckp baby bnyk yang mcm tu bila masuk dalam air otak dia terlalu nak focus kat breathing sampai lupa part kicking tak pe la slow-slow la kan dia pun baby lagi 

makin banyak akal sekarang memanjat menyepah semua pandai bab tu mmg kadang2 aku jerit jugak la susah nak control nak pakai baju pun berkejar satu rumah nak sikat rambut berkejar lagi mana la mama dia tak tinggal tulang jer...makin banyak peel sekarang aku ni agak keras hati jugak dia jatuh aku tengok jer tak manjakan dia sangat biasa aku akan suruh dia bangun sendiri pujuk la jugak " bella bangun bella kuatkan?" so far bila jatuh tak pnh nanges unless teruk sangat la tapi mcm tak de jer part yang teruk sangat tu selain dari kena iron atas kecuaian mama dia ni :)



bab tido setakat ni masih tidur secara konsisten sblm kul 10.00 wajib tido n akan bangun awal kul 5.30-7 bangun dah senang nak pegi babysitter :) 

bab makan pun sblm ni dah border aku risau jugak bila berat dia naik 100-200gram je utk 3 bulan, tapi skrg dah berselera sekarang sejak dah makan ubat cacing masa 2 thn aritu aku tengok dah nampak berisi skit dia mudah-an tak la kena jumpa pakar pemakanan for next  cek up

ehhh panjang plak bebel :p
 
apa pun mama n papa bangga dengan Bella.. kalau bella tak pandai sekali pun mama tetap bangga... 

*
*
 tapi.....
*
*
bangga bertempat dan bersyarat jugak la

sambil bangga sambil mama bantu la n cari jalan untuk bagi awak mahir dalam apa yang awak kurang Inshallah mudah-mudahan Allah permudahkan segala nya buat mama dan papa 

3 comments:

  1. laki aku bekenan betul ngan bella lepas kes bmw 2 sejoli tu hahaahahahah

    tu laa bella cepat mcm anak cik wana gak aku tgk...pandai dah susun ayat panjang...dayyan lambat sikit...3 tahun baru reti buat ayat panjang2....bella ni bile 3 tahun sure bertambah2 petah2....

    jom beb cari buku tulis yg ade tulisan ABC putus2 tu ....kite prektis anak2 kite pegang pensil tulis ikut garisan putus2 lak....jom jumaat ni cari kat manda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom aku mmg nak cari buku baru kat bella pun, smlm aku ckp ngan dia buku color bella dah abes erk? dia ckp haah dah abes... pastu tunjuk jari sambil ckp mmm good.. hahah dia plak cakap diri sendiri good

      Delete
    2. ala lieya dayyan pun kira cepat la tu, dayyan boy ko kena ingat boy mmg biasa lmbt skit tp dlm kelas nnti tak baca buku pun hebat kalau boy :)

      Delete