Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker

Wednesday 12 November 2014

Tempat makan sedap di Langkawi

ni antara list-list  Tempat makan sedap di Langkawi  yang aku rekomen.. selain daripada Jom Ikan bakar yang femes tu


Nasi Dagang Pak Malau

breakfast boleh la datang makan nasi dagang Pak Malau ni, cam pelik kat kat langkawi tapi makan nasi dagang... kalau tak datang mmg rugiiii besar selain dari makanan dia yang sangatt sedap, kedai dia yang cantik n bersih, view tepi sawah, Pak Malau ni peramah sangat-sangat.... kitorang sampai-sampai terus di sapa dengan ramah rasa mcm welcomed sangat... mcm dah kenal lama bila berborak dengan dia siap bergurau-gurau lagi... layan tetamu mcm kita datang rumah dia... 







bergambar dengan Pak Malau dan Mak Malau






Pak Malau ajak bergambar dengan binatang peliharaan dia.. dik non nama diberi :)







Tosei Telur Kari Kambing

lagi satu tempat untuk breakfast memang aku recommend makan kat sini, kari dia sedap n banyak pilihan kuah kari dia ada la kot dekat 5 jenis... kalau tak suka makan tosei telur tu leh order roti canai, ada nasi lemak etc... tp paling win bagi aku mmg tosei telur dia yang lembut tu :)

  




EE burger

kalau dinner korang boleh try makan kat EE burger ni... ye kat sini pun ada burger jugak tapi kat EE burger ni sedap la bagi kitorang, harga pun berpatutan... kedai biasa jer mcm food court tapi mmg sedap reapeat 2 kali sepanjang kt Langkawi... 

regular beef burger

yang best nya daging dia tebal, buat sendiri kot


msuhroom soup



double beef burger


kat sini ada gak pasta, mcm olio, marinara pe semua tu kwn aku order pun sedap 


RESTORAN WAN THAI

kat sini ikutkan makan dinner la tapi aku ada baca review cakap kalau datang makan malam takut apa yang kita nak order dah abes kedai ni bukak dr tengahari mungkin bila orang ramai datang tu yang abes, so kitorang datang dalam pukul 2 lebih kat sini...


 kitorang order ikan siakap kerabu mangga


tomyam udang dalam kepala

ni antara special dish kat sini mmg sedappp sangat... siap ada isi2 kelapa yang lembut dalam tu

 

Hor Mok Ma Prao On (seafood curry in coconut)

yang ni paling win... sedapp betul tak pernah makan lagi sebelum ni... mmg terbaik sampai sekarang teringat-ingat benda ni...


ayam pandan


sotong goreng tepung





kailan ikan masin



pulut mangga yang sedap nyesal order 1





memang sangat-sangattttt puas hati makan kat sini....

utk berlima harga ok bagi kitorang sebab sedap sangat...

kalau pegi langkawi sila bawak family datang sini... confirm puas hatiii

total RM190

 

3 comments:

  1. HANYA dengan MODAL serendah RM90, perkenalkan Program Simkad ToneExcel ini kepada rakan-rakan anda. Setiap kali mereka top-up, anda akan dapat duit. Lagi banyak rakan anda top-up, lagi banyak anda dapat duit. Tentu best kan! Klik link>>>>
    http://tuneincome.com/melati

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih..sangat informatif utk kami yg plan nak kesana bercuti

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih..sangat informatif utk kami yg plan nak kesana bercuti

    ReplyDelete